PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN AUDIT NILAI (SPAN) 2.0 BAGI ATOM MALAYSIA

spanlpta02

MAKLUM BALAS PELANGGAN SEBAGAI KEPERLUAN DALAM PELAKSANAAN SISTEM PENGURUSAN AUDIT NILAI (SPAN) 2.0 BAGI JABATAN TENAGA ATOM (ATOM MALAYSIA)

Sukacita dimaklumkan, Jabatan Tenaga Atom (dahulu dikenali sebagai Lembaga Perlesenan Tenaga Atom) sedang mendapatkan maklum balas pelanggan sebagai keperluan dalam pelaksanaan Sistem Pengurusan Audit Nilai (SPAN) 2.0.

Tujuan maklum balas ini diadakan adalah berdasarkan kepada arahan YAB Perdana Menteri No.1 Tahun 2018 Siri 3 No. 1 Tahun 2021 mengenai Pemantapan Tadbir Urus, Integriti dan Antirasuah Dalam Pengurusan Pentadbiran Kerajaan Malaysia: Pelaksanaan Sistem Pengurusan Amalan Nilai (SPAN) 2.0 Perkhidmatan Awam.

Untuk makluman jua, antara objektif utama pelaksanaan SPAN 2.0 adalah untuk memastikan pengurusan amalan nilai yang komprehensif, berstruktur dan seragam, pembudayaan amalan nilai murni di tempat kerja diutamakan; dan pengamalan nilai murni dalam pelaksanaan tugas oleh penjawat awam. 

Tinjauan ini hanya mengambil masa kira-kira 2 minit sahaja dan dengan itu kami menjemput YAB Dato’ Sri Haji/ YB Datuk/ YBhg. Datuk/ YBhg. Dato’ Haji/ Datuk/ Dato’/ Datin/ YBrs. Dr/ YBrs. Ts. Dr/ Tuan/ Puan, untuk menyertai kaji selidik ini yang boleh diakses bermula 24 Oktober 2023 sehingga 15 November 2023 di pautan https://insan.jpa.gov.my/survey/agency/b51494b5-eead-4ca1-aabf-f2336efcc896.

 Sekian, Terima Kasih