ibrahim

Timbalan Ketua Pengarah

Ts. Ibrahim bin Muhamad

Emel: ibrahim[at]aelb.gov.my
Tel: 03 8922 5888

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

 

KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)

  1. Mewujud dan mengetuai pasukan kerja keselamatan ICT Jabatan Tenaga Atom;
  2. Membantu Ketua Pengarah dalam melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan keselamatan ICT;
  3. Menentukan keperluan keselamatan ICT;
  4. Menyelaras pembangunan dan pelaksanaan pelan latihan dan program kesedaran mengenai keselamatan ICT;
  5. Memastikan semua pengguna memahami dan mematuhi Polisi Keselamatan Siber (PKS) Jabatan;
  6. Memastikan semua keperluan organisasi (sumber kewangan, sumber pengguna dan perlindungan keselamatan) adalah mencukupi; dan
  7. Merancang penilaian risiko dan program keselamatan ICT di dalam Polisi Keselamatan Siber (PKS) Jabatan mengikut peraturan-peraturan yang sedang berkuat kuasa.

 

KETUA PEGAWAI DIGITAL (CDO)

  1. Meneraju penggunaan data, analitis dan teknologi berfokuskan organisasi dalam bidang teknologi digital, infrastruktur data dan tadbir urus data;
  2. Mentransformasi perkhidmatan digital (produk dan perkhidmatan) sebagai innovator strategist dan data-driven strategist berfokuskan perkhidmatan Kerajaan dan pengguna terutamanya yang melibatkan analitik data, literasi digital dan platform perkhidmatan kendiri atau layan diri;
  3. Mentransformasi pengalaman pelanggan sebagai inovator pemacu data (data-driven innovator) berfokuskan Whole-of-Government terutamanya melibatkan perkongsian data, data terbuka, teknologi baharu, teknologi pintar dan perkhidmatan digital antara agensi/bahagian di bawah kawal selia;
  4. Menilai, menyelaras, memperaku keperluan perkhidmatan digital, rekabentuk perkhidmatan teknikal dan peruntukan pembangunan serta mengurus agensi sebagai pelaksana inisiatif dan projek pendigitalan;