Stesen Pemantauan Sinaran Alam Sekitar (Environmental Radiation Monitoring System, ERMS)

a. Berfungsi sebagai sistem amaran awal yang dapat mengesan perubahan aras sinaran dalam alam sekitar.

b. Sehingga tahun 2022, terdapat enam (6) unit stesen ERMS di Malaysia yang memaparkan data masa sebenar (real time) bacaan aras sinaran alam sekitar.

c. Dua unit stesen ERMS di Petaling Jaya, Selangor dan Pengkalan Chepa, Kelantan telah terpilih untuk perkongsian data di peringkat antarabangsa melalui platform International Radiation Monitoring Information System (IRMIS) IAEA.

ERMS

Rajah 1: Peta lokasi stesen ERMS di seluruh Malaysia beserta bacaan sinaran alam sekitar (dalam unit µSv/jam) yang dipaparkan di laman sesawang Atom Malaysia.

Sistem Perisian Java-Based Real-time Online Decision Support (JRODOS)

a. Merupakan salah satu tools yang digunakan di dalam sistem sokongan keputusan (Decision Support System) bagi menyokong decision maker membuat keputusan perlindungan dalam sesuatu kemalangan nuklear atau radiologi yang terjadi sama ada di dalam atau di luar negara.

b. Berfungsi sebagai sistem analisa awal bagi semua peringkat kemalangan termasuk pengurusan jangka panjang dan pemulihan kawasan tercemar.

jrodos

Rajah 1: Pemilihan model atau rantai model (model chain) dalam JRodos bergantung kepada kesan dan kitaran fasa kemalangan nuklear atau radiologi merangkumi fasa ancaman, pelepasan, dan  pemulihan.

jrodos3

Rajah 2: Simulasi pergerakan awan sinaran dalam unit gamma dose rate menggunakan sistem JRODOS.

jrodos4

Rajah 3: Simulasi jangkaan masa kehadiran awan sinaran (cloud arrival time) di kawasan terlibat.

Sistem e-Keselamatan dan Sekuriti Bahan Radioaktif – MyAtom 3.0

a. Merupakan sistem pengkalan data di bawah projek kerjasama di antara Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) dan Agensi Angkasa Malaysia (MYSA).

b. Memaparkan pemetaan lokasi fasiliti dan kemudahan penstoran bahan radioaktif pemegang lesen kategori 1 – 4 di Malaysia di bawah kawalan Atom Malaysia.

c. Sistem ini bertujuan membantu agensi penyelamat utama (First Responder) yang terdiri daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Majlis Keselamatan Negara (MKN), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan lain-lain agensi berkaitan. Mendapatkan maklumat taburan lokasi tempat penstoran bahan radioaktif dan maklumat penting berkaitan dengannya dapat diakses dengan cepat dan mudah.

d. Membantu First Responder mengenalpasti tempat strategik seperti balai polis, balai bomba, klinik kesihatan kerajaan mahupun penstoran bahan radioaktif syarikat lain yang berhampiran antara satu sama lain.

e. Sistem ini adalah terhad bagi kegunaan dalaman dan akses hanya diberikan kepada agensi yang terlibat sahaja.

myatom1

Rajah 4: Paparan halaman utama MyAtom 3.0.

myatom2

Rajah 5: Paparan umum lokasi penstoran bahan radioaktif di seluruh Malaysia