PENGENALAN KEPADA NUCLEAR SECURITY SUPPORT CENTRE (NSSC)

Sekuriti nuklear adalah cabaran baru untuk negara bagi menangani masalah penyeludupan, kecurian, keganasan, sabotaj bahan radioaktif di Malaysia. Entiti unik sekuriti nuklear ini telah menjadi cabaran yang mewujudkan satu keperluan dalam penubuhan pembangunan kapasiti yang komprehensif. Ianya bukan saja terhad kepada Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) tetapi juga melibatkan semua pihak berkuasa kawalselia sekuriti di Malaysia seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara dan lain- lain agensi berkaitan. 

Dengan sokongan daripada badan antarabangsa, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) maka tertubuhnya Pusat Sokongan Sekuriti Nuklear atau Nuclear Security Support Centre (NSSC) Malaysia. Pada 12 Disember 2012, Atom Malaysia telah diiktiraf sebagai hab serantau bagi Pusat Sokongan Sekuriti Nuklear. Pengiktirafan ini tidak lain adalah kerana penglibatan dan komitmen negara dalam aktiviti memerangi keganasan dan memastikan keselamatan dan sekuriti dalam penggunaan tenaga atom bukan sahaja di tanah air tetapi juga di rantau Asia Tenggara.

Pengiktirafan sebagai NSSC pula akan memberi faedah kepada Atom Malaysia sebagai peneraju pembangunan modal insan negara dan serantau dalam bidang keselamatan, sekuriti dan kawalgunaan nuklear di Malaysia. Ini akan menonjolkan keupayaan Malaysia sebagai pusat latihan serantau serta memperlihatkan kekuatan infrastruktur kebangsaan yang ada di Malaysia.

nssc-pengenalan-03
nssc-pengenalan-01
nssc-pengenalan-02
nssc-pengenalan-04