1. MAKMAL PERLINDUNGAN FIZIKAL (PPLab)

Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) berusaha untuk mengukuhkan keupayaan dan pengetahuan dalam keselamatan nuklear melalui peningkatan peranan dan fungsi Pusat Sokongan Keselamatan Nuklear (NSSC) negara kita dengan sokongan dan kerjasama daripada Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). Melalui usaha dan kerjasama ini, sebuah Makmal Perlindungan Fizikal untuk kemudahan Sumber Radioaktif telah ditubuhkan di Ibu Pejabat Atom Malaysia. Makmal ini dijangka memperluaskan keupayaan NSSC Malaysia dalam menyediakan latihan yang lebih baik dan praktikal mengenai perlindungan fizikal untuk kemudahan yang dibenarkan. 

Makmal ini dilengkapi dengan instrumen keselamatan nuklear untuk memenuhi objektif sistem perlindungan fizikal (PPS) dalam mencegah sabotaj dan/atau kecurian bahan nuklear dan bahan radioaktif lain di kemudahan tersebut. Pemasangan di makmal akan menyediakan panduan dan praktikal untuk mencapai objektif keselamatan nuklear sama ada melalui pencegahan atau gabungan mekanisme pengesanan, kelewatan dan tindak balas. 

Makmal ini akan memenuhi kehendak program Latihan Pengguna Pengguna Sah (Authorized User Training) yang ditawarkan di bawah NSSC Malaysia dan boleh digunakan untuk menawarkan demonstrasi operasi, latihan amali, penyelenggaraan dan latihan praktikal mengenai prinsip kerja peralatan perlindungan fizikal. NSSC Malaysia, melalui peningkatan keupayaan teknikal ini di makmal berhasrat untuk menjadi tuan rumah kursus latihan kebangsaan dan/atau serantau mengenai pengenalan perlindungan fizikal dan latihan langkah keselamatan untuk Pengawal Selia, Operator/pemegang lesen, kakitangan keselamatan dan ahli akademik Universiti yang terlibat dalam aplikasi dan Kajian Perlindungan Fizikal.

nssc-fasiliti
nssc-fasiliti-02
nssc-fasiliti-03

13-17 Mac 2023: Lawatan teknikal daripada negara Cambodia dalam mewujudkan keupayaan pakar bagi menyokong operasi pengesanan sinaran yang dihadiri oleh 8 orang delegasi Cambodia yang terdiri daripada Secretariat of National Counter-Terrorism Committee (SNCTC), Ministry of Mines and Energy (MME) dan National Authority for Chemical Weapons (NACW).

nssc-fasiliti-04
nssc-fasiliti-05

30 Januari 2023: Lawatan sulung YB Tuan Chang Lih Kang Menteri MOSTI ke Atom Malaysia

nssc-fasiliti-06

10 Januari 2023: Lawatan kerja daripada Fakulti Sains, Universiti Tenologi Malaysia (UTM)

nssc-fasiliti-07
nssc-fasiliti-08
nssc-fasiliti-09
nssc-fasiliti-10
nssc-fasiliti-11

18 Ogos 2022: Lawatan teknikal daripada 40 pegawai PDRM yang merupakan peserta kursus Diploma Eksekutif Sains Siasatan (DESS) Universiti Malaya – Maktab PDRM KL

2. HUB DEPOSITORI PERALATAN LOANER POOL

Hari ini (25 September 2020) telah melakar sejarah bagi kami di Jabatan Tenaga Atom (Atom Malaysia) di atas Partnership Agreement (PA) Between IAEA and AELB on the Establishment of a Loaner Pool for Radiation Detection Equipment.

Majlis menandatangani PA tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Atom Malaysia YBrs. Tn Hj Mohd Pauzi bin Mohd Sobari. Kerjasama erat dan juga kepercayaan yang diberikan oleh IAEA kepada Atom Malaysia dapat menjamin keberkesanan Pusat Sokongan Sekuriti Nuklear (NSSC) dalam implementasi fungsinya di rantau Asia Pasifik.

Atom Malaysia sangat menghargai peluang yang diberikan ini dan mengucapkan setinggi-tinggi perhargaan di atas Partnership Agreement ini.

Walaupun dalam keadaan yang mencabar sewaktu tempoh PKP. Pada hari ini penubuhan “Loaner Pool of Radiation Detection Equipment for Asia Pacific Region” telah menjadi realiti dimana sejumlah 120 peralatan pengesanan sinaran telah selamat diterima oleh Nuclear Security Support Centre (NSSC) Malaysia.

Ketua Pengarah Atom Malaysia, Tuan Haji Mohd Pauzi Mohd Sobari turut melapangkan masa untuk sama-sama menerima peralatan yang dibekalkan oleh pihak International Atomic Energy Agency (IAEA) dengan pembiayaan oleh Kerajaan Jepun.

Kerjasama erat dan kepercayaan yang diberikan oleh IAEA kepada Kerajaan Malaysia melalui Atom Malaysia akan dapat mengukuhkan lagi fungsi NSSC Malaysia di rantau Asia Pasifik.

Atom Malaysia berbesar hati kerana diberi peluang dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua yang terlibat dalam menjayakan inisiatif ini. Ia merupakan salah satu pencapaian yang membanggakan buat Atom Malaysia bersesuaian dengan penubuhannya pada 36 tahun yang lalu iaitu pada 1 Februari 1985. Semoga Atom Malaysia akan terus maju!

Peminjaman Pertama daripada Negara Qatar Bersempena Piala Dunia FIFA Qatar 2022

Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat Jabatan Tenaga Atom Malaysia (Atom Malaysia) dimana buat pertama kalinya Malaysia berjaya menguruskan penghantaran instrumen pengesanan sinaran melalui Practical Arrangement on the Establishment of a Loaner Pool for Radiation Detection Equipment (Loaner Pool) antara Atom Malaysia dan International Atomic Energy Agency (IAEA) ke Qatar bersempena Piala Dunia FIFA Qatar 2022 di Doha.

Malaysia amat berbangga dapat bekerjasama dengan IAEA melalui inisiatif ini dalam memastikan keamanan dan keselamatan di rantau Asia Pasifik khususnya dalam sekuriti nuklear terjamin. Usaha murni ini adalah bagi mengekang ancaman terrorism dan penyalahgunaan bahan radioaktif dan nuklear semasa acara global dunia seumpama ini.