LAPORAN PENGANJURAN NSSC Tahun 2022-sila klik-

Tahun 2023

Program: Lawatan Teknikal International Atomic Energy Agency (IAEA) – Agency Mission on Human Resource and Technical Support Programme Development for The Nigeria Nuclear Security Support Centre & Technical Visit in Malaysia

Tarikh: 13-16 Februari 2023

Lawatan ini bertujuan untuk memberikan peluang kepada Malaysia berkongsi pengalaman bersama wakil Nigeria terhadap pembangunan Nuclear Security Support Center (NSSC) di negara ini serta mempelajari regim kawalan sekuriti di lokasi strategik negara.

Lawatan ini turut melibatkan koordinasi kerjasama dengan rakan strategik yang lain seperti Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Northport, Agensi Nuklear Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Malaysia mengalukan kerjasama dan perkongsian ini bagi memantapkan kesiapsiagaan negara dalam bidang pengesanan sekuriti nuklear disamping melonjakkan imej Atom Malaysia sebagai badan kawalselia yang bertaraf global.

Pusat Penyelidikan Teknologi Nuklear UKM dan Program Sains Nuklear UKM menerima delegasi Agency Mission on Human Resource and Technical Support Programme Development for The Nigeria Nuclear Security Support Centre And Technical Visit In Malaysia. Delegasi disambut oleh Prof. Madya Dr. Khoo Kok Siong, Ketua Pusat Penyelidikan Teknologi Nuklear (NUKLEAR),Ts. ChM. Dr. Norsyahidah Mohd Hidzir, Ketua Program Sains Nuklear UKM, pensyarah dan kakitangan.

Program: Technical Visit for Cambodia On Establishing Expert Support Capability to Support Detection Operation

Tarikh: 13 – 17 Mac 2023

Atom Malaysia berbesar hati untuk menerima lawatan teknikal dari delegasi Cambodia dengan kerjasama Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA). “Technical Visit for Cambodia On Establishing Expert Support Capability to Support Detection Operation” telah berlangsung bermula dari 13 sehingga 17 Mac 2023.

Lawatan teknikal ini bertujuan untuk berkongsi maklumat dan pengalaman Atom Malaysia khususnya dan Malaysia amnya kepada delegasi dari Cambodia berkaitan penubuhan dan kelestarian Nuclear Security Support Centre (NSSC) di Malaysia secara keseluruhan. Lawatan teknikal ini telah dihadiri oleh 8 orang delegasi Cambodia yang terdiri daripada Secretariat of National Counter-Terrorism Committee (SNCTC), Ministry of Mines and Energy (MME) dan National Authority for Chemical Weapons (NACW).

Lawatan teknikal ini meliputi perkongsian maklumat dan pengalaman Malaysia dalam menangani isu keselamatan dan sekuriti nuklear serta langkah-langkah kesiapsiaggan Malaysia dalam menangani insiden radilogikal. Para peserta juga diberi latihan berhubung pengoperasian, kalibrasi dan penyelenggaraan peralatan pengesanan sinaran sepanjang sesi lawatan. Semoga lawatan teknikal ini dapat membantu negara Cambodia dalam meningkatkan keupayaan dari aspek sekuriti nuklear bagi menyokong operasi pengesanan radiologi dalam negara.