Home TINJAUAN SOAL SELIDIK TERHADAP YB MENTERI DAN KEMENTERIAN DALAM PROGRAM ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA (AKM) 100 HARI PERTAMA AHLI JEMAAH MENTERI TAHUN 2021

TINJAUAN SOAL SELIDIK TERHADAP YB MENTERI DAN KEMENTERIAN DALAM PROGRAM ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA (AKM) 100 HARI PERTAMA AHLI JEMAAH MENTERI TAHUN 2021

Dikemaskini: Isnin, 2 November 2021 (09:30 pm)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Tuan/Puan,

TINJAUAN SOAL SELIDIK TERHADAP YB MENTERI DAN KEMENTERIAN DALAM PROGRAM ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA (AKM) 100 HARI PERTAMA AHLI JEMAAH MENTERI TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 

Untuk makluman YBrs. Tuan Haji KP/Puan Hajah TKP/Dr./Tuan/Puan, Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah membangunkan soal selidik untuk meninjau prestasi Jemaah Menteri dan Kementerian dalam program Aspirasi Keluarga Malaysia (AKM) 100 Hari Pertama Ahli Jemaah Menteri Tahun 2021. Berdasarkan arahan Tuan Haji KP AELB sebentar tadi, YBrs. Tuan Haji KP/Puan Hajah TKP/Dr./Tuan/Puan, dipohon untuk mengisi soal selidik yang disediakan oleh MAMPU tersebut.

Berikut disertakan maklumat untuk panduan YBrs. Tuan Haji KP/Puan Hajah TKP/Dr./Tuan/Puan, semasa menjawab soal selidik tersebut:

 📌Soal selidik akan dijalankan bermula 1 hingga 15 November 2021.

📌Bagi satu-satu soal selidik, sila pastikan Menteri dan Kementerian ditadbirnya adalah sepadan.

📌Satu akaun emel hanya  boleh digunakan untuk menjawab satu set kajian Menteri dan Kementerian di bawah pimpinannya.

Ikuti langkah-langkah berikut untuk menyertai soal selidik:

1)            Klik pautan (https://bit.ly/3jO3DZt) atau imbas QR kod  bagi soal selidik ke atas Menteri  

2)            Jawab soal selidik terhadap YB MENTERI

3)            Klik pautan (https://bit.ly/3jMR4O8) atau imbas QR kod bagi soal selidik Kementerian  

4)            Jawab soal selidik terhadap KEMENTERIAN

5)            Soal selidik SELESAI

Kerjasama dan perhatian YBrs. Tuan Haji KP/Puan Hajah TKP/Dr./Tuan/Puan, berhubung perkara ini amatlah dihargai.

Sekian, terima kasih.