Stesen Pemantauan Sinaran Alam Sekitar (Environmental Radiation Monitoring System, ERMS)
- Berfungsi sebagai sistem amaran awal yang dapat mengesan perubahan aras sinaran dalam alam sekitar.
- Sehingga tahun 2022, terdapat enam (6) unit stesen ERMS di Malaysia yang memaparkan data masa sebenar (real time) bacaan aras sinaran alam sekitar.
- Dua unit stesen ERMS di Petaling Jaya, Selangor dan Pengkalan Chepa, Kelantan telah terpilih untuk perkongsian data di peringkat antarabangsa melalui platform International Radiation Monitoring Information System (IRMIS) IAEA.

Peta lokasi stesen ERMS di seluruh Malaysia beserta bacaan sinaran alam sekitar (dalam unit µSv/jam) yang dipaparkan di laman sesawang Atom Malaysia.