Pengenalan
Apa itu Kejadian Radiologikal dan Nuklear?
Kejadian/kemalangan sinaran adalah merupakan suatu kejadian/kemalangan yang melibatkan sinaran mengion yang dikeluarkan bahan radioaktif, bahan nuklear atau radas penyinaran. Contoh-contoh radas penyinaran atau peralatan yang mempunyai bahan radioaktif adalah mesin sinar x, tolok ketebalan, tolok ketumpatan dan lain-lain lagi.
Contoh-Contoh Kejadian/Kemalangan Sinaran
- kenderaan yang membawa bahan radioaktif terlibat dengan kemalangan jalanraya.
- Bahan Radioaktif tidak boleh dimasukan ke dalam bekas selepas kerja-kerja Radiografi Industri selesai.
- Bahan Radioaktif dalam bentuk serbuk dan cecair tertumpah ketika dikendalikan.
- Kecurian/kehilangan Bahan Radioaktif.
- Punca Bahan Radioaktif tidak bertuan dijumpai di kawasan awam.
Bagaimana untuk mengenalpasti Kejadian Radiologikal dan Nuklear?
Sinaran mengion tidak dapat dilihat, dihidu, dipegang, dirasa atau didengar oleh panca indera manusia. Ia hanya dapat dikesan dengan menggunakan alat pengesan sinaran. Sekiranya tidak mempunyai alat pengesan sinaran kejadian/kemalangan sinaran dapat dikenalpasti dengan melihat simbol sinaran. Simbol ini adalah merupakan suatu yang diwajibkan di bawah undang-undang, ianya perlu diletakkan pada peralatan yang mengeluarkan sinaran mengion atau dilekatkan pada kenderaan yang membawa bahan radioaktif atau bahan nuklear.
Siapakah Yang Perlu Dihubungi Sekiranya Berlaku Kejadian/Kemalangan Sinaran?
Pusat Pengurusan Tindakbalas Nuklear Kebangsaan (NCNRM)
Jabatan Tenaga Atom
Batu 24, Jalan Dengkil,
43800 Dengkil, Selangor, Malaysia.
Talian Hotline Kecemasan: 1-800-88-7999
E-mel PTNK : ncnrm@aelb.gov.my
Talian berikut juga boleh dihubungi (Waktu pejabat);
Tel : +603-8922 5888 / 5509
Fax : 603-8922 1067
Ketua Pengarah
Tel: 603 – 8922 5777 (Talian Terus Pejabat KP)
E-mail : kplpta@aelb.gov.my