Terdapat 4 buah Pejabat Zon telahpun dibuka iaitu Pejabat Zon Utara, Pejabat Zon Selatan, Pejabat Zon Timur dan Pejabat Zon Sabah Sarawak.
Peranan utama Pejabat Zon ini adalah untuk melaksanakan aktiviti penguatkuasaan dan juga bertindak sebagai ‘first responder’ terhadap sebarang kejadian/kemalangan nuklear atau radiologi.
Disamping itu, Pejabat-Pejabat Zon ini juga memberi perkhidmatan-perkhidmatan lain antaranya melakukan pemprosesan permohonan kebenaran, khidmat nasihat atau perundingan berkaitan aktiviti tenaga atom tindakan kecemasan / kejadian radiologikal.