[Sistem eLesen eSPP] [ePermit dan ePermit STA] [Perbankan Internet] [Sistem Pekerja Sinaran / Peperiksaan]
Sistem eLesen eSPP
Sistem di atas talian, elesen eSPP membolehkan anda:-- Memohon lesen, kebenaran dan lain-lain.
- Menyemak dan memantau status permohonan
- Mendapatkan dan mencetakan keputusan permohonan
- Menyemak invois dan menjelaskan pembayaran melalui Perbankan Internet
- Menerima pemberitahuan melalui email
- Mengemaskini maklumat syarikat
Panduan eLesen eSPP
- Memohon "Roaming Cert"
- Soalan Lazim eLesen eSPP
- Soalan Lazim eLesen iExam
- Panduan Mencetak Sijil Lesen
ePermit dan ePermit STA
ePermitSyarikat-syarikat yang berhasrat untuk mengimport atau mengeksport Bahan/Mineral Radioaktif & Radas Penyinaran dengan kejasama KASTAM di bawah Akta 304 perlu mengemukakan permohonan permit.
»ke sistem KASTAM-DagangNet (ePermit)
ePermit STA
PENGUATKUASAAN AKTA PERDAGANGAN STRATEGIK 2010 (AKTA 708) OLEH JABATAN LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM
1. Di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010 (Akta 708) pula, Jabatan AELB dipertanggungjawabkan sebagai Pihak Berkuasa Berkenaan bagi mengawal dan mengawalselia aktiviti eksport, pemindahan, transit dan pembrokeran barangan strategik, termasuk senjata dan bahan berkaitan, dan aktiviti lain yang boleh memudahkan rekabentuk, pemajuan dan penghasilan senjata pemusnah besar besaran dan sistem penghantarannya yang dibangunkan.
2. Selaras dengan hasrat serta usaha ke arah fasilitasi perdagangan serta inisiatif kerajaan Malaysia bagi mengekang percambahan Senjata Pemusnah Besar-Besaran (WMD), Akta Perdagangan Strategik 2010 (Akta 708) telah diluluskan oleh Parlimen pada 06 Mei 2010. Akta 708 dibangunkan bagi menjamin keupayaan sistem perundangan negara untuk melaksanakan komitmen Malaysia terhadap Resolusi 1540 (UNSCR 1540) Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). Akta 708 ini bertujuan mengekang kecambahan senjata pemusnah besar-besaran (Weapon of Mass Destruction [WMD]) yang mungkin melibatkan aktiviti perdagangan di Malaysia.
3. Barangan ini merupakan barangan kawalan di bawah regim kawalan eksport antarabangsa seperti Nuclear Supplier Group (NSG), Wassenar Arrangement (WA), Missile Technology Control Regime (MTCR), Australia Group (AG) dan Chemical Weapon Convention (CWC) yang digabungkan sehinggalah Senarai Barangan Strategik Malaysia 2010 dibangunkan melalui Perintah Barangan Strategik 2010. Pemberitahuan mengenai penguatkuasaan Akta Perdagangan Strategik 2010 telah dikeluarkan oleh Jabatan AELB pada 18 Mac 2011 melalui Notis Pemberitahuan AELB Bil. 03/2010 Pin.1.
4. Jabatan AELB telah melancarkan permohonan permit atas talian (on-line system) di bawah Akta 708 melalui Sistem e-Permit STA yang telah dimuktamadkan pada 09 Mac 2010. Pemohon permit dikehendaki untuk mendaftar terlebih dahulu dengan Dagang Net Technologies Sdn. Bhd. di laman web www.dagangnet.com bagi mendapatkan akses ke atas sistem e-Permit STA. Selepas itu, capaian e-Permit STA boleh diakses melalui http://www.mytradelink.gov.my/web/guest/4
Maklumat mengenai kaedah pendaftaran sistem e-Permit STA serta maklumat berkaitan dengan permohonan permit boleh didapati daripada pautan di bawah ini.
Akta Perdagangan Strategik (Akta 708)
Panduan Pendaftaran (ID dan Password)
Panduan Pra-Pendaftaran Dan Permohonan Permit Di Bawah Akta 708
Panduan Kod HS Bagi Barangan Strategik 2010
FORM 5: End Use Statement
FORM 6: Delivery Verification Statement
FAQ/Soalan Lazim mengenai Akta Perdagangan Strategik 2010
5. Jika terdapat sebarang pertanyaan berhubung dengan pemberitahuan ini, sila berhubung melalui alamat di bawah;
Pengarah
Bahagian Dasar & Hubungan Luar
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom
Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi
Batu 24, Jalan Dengkil
43800 Dengkil
Selangor Darul Ehsan.
No. Telefon : 03-89225888
No.Faks : 03-89223685
Perbankan Internet
Manual Cara Pembayaran- CIMB Click
- Maybank2U Online
Menjelaskan pembayaran melalui Perbankan Internet:-
- Maybank2u
- CIMB Personal Banking
- CIMB Biz-Channel
Sistem Peperiksaan & Pekerja Sinaran
Satu kemudahan yang disediakan oleh AELB kepada pelanggan yang untuk menyenggara maklumat pekerja sinaran dan urusan berkenaan Peperiksaan Persijilan bagi bidang-bidang kompetensi yang diiktiraf AELB.Apakah fungsi utama Sistem Peperiksaan & Pekerja Sinaran ?
1. Menyenggara dan mengemaskini profil dan biodata pekerja sinaran
2. Mengemukakan permohonan untuk menduduki peperiksaan secara atas talian (tanpa memerlukan borang)
3. Menyemak status permohonan dan keputusan peperiksaan.
4. Mencetak sijil keputusan peperiksaan.
» ke Sistem Peperiksaan & Pekerja Sinaran