SISTEM PERMONITORAN SINARAN ALAM SEKITAR (ENVIRONMENTAL RADIATION MONITORING SYSTEM (ERMS)) DI MALAYSIA
ERMS merupakan sistem penyampaian data aras sinaran secara langsung daripada stesen ERMS ke sistem LPTA. ERMS menyampaikan data bacaan
kadar dos melalui pengesanan sinar gama. Bacaan kadar dos ini boleh dilihat secara langsung di laman sesawang LPTA. Terdapat enam (6)
stesen ERMS di seluruh Malaysia iaitu di Pengkalan Chepa, Kuantan, Senai, Cameron Highland, Kudat dan Sri Aman. Penempatan ERMS di kawasan
tersebut berdasarkan beberapa kriteria yang dikenalpasti oleh pegawai pakar LPTA antaranya adalah kawasan yang mempunyai capaian kepada akses
internet bagi memudahkan penyampaian data bacaan secara langsung dan sempadan negara.
Aplikasi MyAtom Version 2.0
Sistem yang dibangunkan (MyAtom) digunakan untuk mendapatkan maklumat taburan lokasi bahan radioaktif di sesuatu kawasan dengan cepat dan
tepat sekiranya terdapat keperluan segera bagi kes-kes kecemasan di sesuatu lokasi seperti bencana alam, kebakaran, banjir atau sebagainya.
Aplikasi ini digunakan oleh agensi tindakbalas utama seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Agensi Pengurusan
Bencana Negara dan Majlis Keselamatan Negara untuk mengumpulkan maklumat awal yang berkaitan dengan bahan radioaktif di lokasi kejadian.
Aplikasi ini tidak tersedia untuk orang awam kerana melibatkan sekuriti dan keselamatan data terkawal.
Pemonitoran Radilogi menggunakan Decision Support System (DSS) JRODOS
1. Merupakan satu perisian yang membuat perkiraan pergerakan awan radiasi sekiranya berlaku pelepasan radioaktif semasa kemalangan nuklear dan radiologikal.
2. Membantu dalam membuat keputusan dalam tindakan perlindungan yang sesuai semasa dan selepas kemalangan nuklear dan radiologikal.
3. Instalasi perisian JRODOS merupakan kerjasama antarabangsa diantara negara anggota ASEAN melalui ASEAN Network of Regulatory Bodies on Atomic Energy (ASEANTOM)
dan Kesatuan Eropah (EU).