MUKAH 29 Julai - Kerajaan negeri tidak bercadang
untuk membangunkan teknologi nuklear sebagai
alternatif kepada bekalan elektrik. Sebaliknya
kerajaan negeri tetap optimis dengan keupayaan
arang batu dan hidro dalam menghasilkan tenaga
elektrik di Sarawak. Speaker Dewan Undangan
Negeri, Datuk Seri Mohd. Asfia Awang Nassar
berkata, tenaga nuklear adalah pilihan terakhir
buat kerajaan negeri dalam menghasilkan sumber
tenaga. Katanya, Sarawak tidak memerlukan tenaga
nuklear untuk tempoh ....
DUNIA kini berada pada era nuklear. Membangun dan memiliki tenaga nuklear sudah menjadi keperluan yang wajar dimiliki oleh sesebuah negara sekarang.
Keperluan terhadap tenaga nuklear kini bukan hanya kerana harga petroleum, gas dan arang batu sebagai sumber tenaga sedia ada melambung tinggi dan semakin susut, tetapi tenaga dari nuklear jauh lebih murah, menjimatkan dan selamat.
Namun Malaysia yang dilihat paling stabil dalam segala aspek di rantau ASEAN jauh ketinggalan dalam program nuklear berbanding Thailand, Indonesia dan Filipina.
....
22/07/2008
KUALA LUMPUR 21 Julai 2008 - Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi sedang menyiapkan Pelan Tindakan Tenaga Boleh Diperbaharui bagi meningkatkan penjanaan elektrik sebagai sumber tambahan kepada bahan api sedia ada.
Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, pelan tersebut menggariskan secara terperinci sumber tenaga boleh diperbaharui yang paling sesuai dibangunkan bagi memenuhi keperluan tenaga negara.
''Sumber tenaga boleh diperbaharui yang telah dikenal pasti termasuk biomas, biogas, sisa buangan bandaran, tenaga suria dan mini hidro.
''Satu sumber yang digunakan dan dirancang untuk digunakan oleh negara-negara lain di dunia termasuklah negara ASEAN adalah nuklear dan penggunaannya sedang dikaji di negara ini,"
......
22/07/2008
KENAPA tidak guna tenaga nuklear? Ini merupakan pertanyaan yang sering kali dilontarkan setiap kali berlaku krisis kenaikan harga minyak.
Perkara ini bukan baru kerana ia berlarutan sejak tahun 1970-an apabila negara turut menggunakan minyak untuk menjanakan tenaga elektrik melalui operasi loji janakuasa yang ada.
Sebelum ini dalam mengatasi masalah kenaikan harga minyak, kita beralih kepada penjanaan menggunakan gas dan juga arang batu.
Malangnya, kedua-dua bahan berkenaan juga mengalami peningkatan harga.
Masalah peningkatan penggunaan tenaga elektrik telah memaksa penyedia tenaga itu mencari alternatif lain untuk menjana tenaga itu.
Pengunaan tenaga nuklear merupakan antara tenaga alternatif yang diutarakan termasuk empangan hidro, angin, solar, biomas dan tenaga boleh diperbaharui (RE).
.......
14/07/2008
DENGKIL 30 Jun - Semua pemegang lesen
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) perlu
mematuhi syarat tambahan baru yang dikenakan
bagi meningkatkan kawalan keselamatan punca
radioaktif.Ketua Pengarah AELB, Datuk Dr. Raja
Abdul Aziz Raja Adnan berkata, keputusan
01/07/2008
GIS@Atomic Energy Licensing Board, MOSTI. All rights
reserved.