Laman Web Rasmi
LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim

Pemegang Lesen › FAQ Prosedur Perlesenan

Walaupun lesen berurusan dengan tenaga atom telah diperolehi, pemegang lesen masih perlu mendapatkan kebenaran AELB bagi menjalankan aktiviti berikut :
a. Permohonan Kebenaran Aktiviti Import/Eksport/Pergerakan Bahan Radioaktif;
b. Permohonan Kebenaran Aktiviti Import/Eksport Radas Penyinaran;
c. Permohonan Kebenaran Peminjaman Pekerja Sinaran
d. Permohonan Kebenaran Peminjaman Bahan Radioaktif;
e. Permohonan Kebenaran Peminjaman Radas Penyinaran;
f. Permohonan Kebenaran Kerja Radiografi Di Kawasan Awam;
g. Permohonan Kebenaran Pemasangan/Pengujian/Senggaraan Radas Penyinaran

Syarat-syarat Umum

Apakah syarat-syarat umum sesuatu permohonan kebenaran?
Walaupun lesen berurusan dengan tenaga atom telah diperolehi, pemegang lesen masih perlu mendapatkan kebenaran AELB bagi menjalankan aktiviti berikut:
a. Tempoh lesen masih sah;
b. Tempoh pengiktirafan pegawai perlindungan sinaran masih sah;
c. Bahan radioaktif atau radas penyinaran (termasuk butir-butir yang berkaitan) adalah dilesenkan dan tidak melebihi dari jumlah yang dilesenkan;
d. Pemegang lesen atau pekerja tidak di dalam siasatan AELB ( yang mana berkenaan);
e. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap ( sekiranya menggunakan borang)

Kebenaran yang memerlukan surat hasrat

Apakah jenis-jenis kebenaran yang memerlukan surat hasrat ?
a. Pertukaran/Pengambilan/Pemberhentian OBTL, Pegawai Perlindungan Sinaran, Penyelia atau Pekerja Sinaran;
b. Membina Tempat Penstoran;
c. Mengguna Tempat Penstoran;
d. Pelupusan Bahan Radioaktif;
e. Pelupusan Radas Penyinaran;
f. Perubahan Lokasi Peralatan Sinaran

PROSEDUR

IMP​ORT/EKSPORT
Apakah prosedur untuk mengimport atau mengeksport bahan radioaktif?
Kebenaran Untuk Import/Eksport Bahan Radioaktif
​- Fee Permohonan ​: ​Rujuk Dagang Net Techn​ologies Sdn. Bhd. ​atau lawati www.dagangnet.com
​- Fee Lesen ​: ​Tiada
​- Akta/Peraturan ​: ​Seksyen 17,Akta 304
​- Kaedah Mohon ​: Online Epermit
- Prosedur ​: ​Sila hubungi Dagang Net di talian 03-2730 0200​
​- Kelulusan (jika layak)

i.   3 bulan dari tarikh lulus; atau

ii.    sehingga tempoh sah lesen; atau

iii.    sehingga tempoh sah pengiktirafan PPS.


Apakah prosedur untuk mengimport atau mengeksport radas penyinaran?
Kebenaran Untuk Import/Eksport Radas Penyinaran
​- Fee Permohonan ​: ​Rujuk Dagang Net Technologies Sdn. Bhd. atau lawati www.dagangnet.com
​- Fee Lesen ​: ​Tiada
​- Akta/Peraturan ​: ​Seksyen 17, Akta 304
​- Kaedah Mohon ​: Online Epermit
​- Prosedur ​: ​Sila hubungi Dagang Net di talian 03-2730 0200
​- Kelulusan (jika layak) ​:

i.   3 bulan dari tarikh lulus; atau

ii.   sehingga tempoh sah lesen; atau

iii.    sehingga tempoh sah pengiktirafan PPS.

*​Nota: Setelah kelulusan diperolehi dan aktiviti telah dijalankan, kemukakan maklumat yang diminta seperti di lampiran A yang disertakan bersama borang kelulusan.

PELUPUSAN
Apakah prosedur pelupusan bahan radioaktif?
a. Kemukakan Permohonan secara Atas Talian (Online): elesen-eSPP yang mengandungi butir-butir lengkap berikut:
       i) Nama unsur & no. jisim, No. siri punca, Keaktifan punca
       ii) Kaedah pelupusan
b. Kaedah-kaedah pelupusan yang dibenarkan adalah:
       i) Lupus/eksport ke pembekal asal,
       ii) lupus di Nuklear Malaysia, Bangi
       iii) cara lain yang dibenarkan oleh AELB.
​c. Selepas mendapat kebenaran pelupusan dan pelupusan telah dilakukan, kemukakan maklumat berikut kepada AELB iaitu​
      i) Salinan pengesahan penerimaan bahan radioaktif daripada tempat pelupusan
​      ii) Penyata Pemilikan secara Atas Talian (Online): elesen-eSPP, ( bagi pengguna )

Apakah prosedur pelupusan radas penyinaran?
a. Kemukakan Permohonan secara Atas Talian (Online): elesen-eSPP yang mengandungi butir-butir lengkap berikut:
       i) Jenis & model radas penyinaran
       ii) No. siri panel kawalan
       iii) Kaedah pelupusan
b. Kaedah-kaedah pelupusan yang dibenarkan adalah:
       i) derma
       ii) eksport/kembalikan ke pembekal asal
       iii) tanggalkan (dismantle) untuk dijadikan besi buruk
       iv) cara lain yang dibenarkan
c. Selepas mendapat kebenaran pelupusan dan pelupusan telah dilakukan, kemukakan maklumat berikut kepada AELB iaitu :
       i) Salinan pengesahan penerimaan radas penyinaran daripada tempat pelupusan atau dokumen eksport (sekiranya dieksport)
       ii) Gambar menunjukkan radas telah ditanggalkan (sekiranya "dismantle")
       iii) Penyata Pemilikan secara Permohonan secara Atas Talian (Online): elesen-eSPP,( bagi pengguna )

Apakah prosedur pelupusan penangkap kilat beradioaktif?
a. Kemukakan surat hasrat yang mengandungi butir-butir lengkap berikut:
       i) Nama unsur & no. jisim, model penangkap kilat dan keaktifan punca
b. Kaedah-kaedah pelupusan yang dibenarkan adalah :-
       i) Lupus/eksport ke pembekal asal,
       ii) lupus di Agensi Nuklear Malaysia, Bangi
       iii) cara lain yang dibenarkan oleh AELB.
c. Selepas mendapat kebenaran pelupusan dan pelupusan telah dilakukan, kemukakan kepada AELB, salinan pengesahan penerimaan bahan radioaktif daripada tempat pelupusan.

PENSTORAN
Nyatakan prosedur untuk membina tempat penstoran bahan radioaktif.
a. Permohonan boleh dibuat oleh pemegang lesen atau kontraktor.
b. Kemukakan Permohonan secara Atas Talian (Online): elesen-eSPP yang mengandungi butir-butir lengkap berikut:
c. Rekabentuk termasuk pengiraan dedahan luar pada permukaan penstoran dan di pagar tempat penstoran
d. Lokasi tempat (alamat dan pelan)
e. Bilangan bahan radioaktif yang akan disimpan
f. Jumlah aktiviti bahan radioaktif yang akan disimpan
g. Tempoh penggunaan tempat penstoran jika penstoran sementara
h. Surat kebenaran pemilik tapak
i. Pemeriksaan tapak akan diadakan (sekiranya berkaitan)
Adakah saya boleh menggunakan tempat penstoran yang telah diberi kelulusan membina sebaik sahaja ianya siap dibina?
a. Sebelum tempat penstoran ini boleh digunakan, kebenaran mengguna hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada AELB dengan mengemukakan Permohonan secara Atas Talian (Online): elesen-eSPPyang mengandungi butir-butir berikut:-
       i) salinan surat kebenaran membina,
       ii) gambar tempat penstoran yang telah siap.​

PEMINJAMAN
Apakah syarat-syarat dan prosedur untuk meminjam bahan radioaktif?
Syarat-syarat peminjaman bahan radioaktif adalah :
a. Jumlah bilangan yang hendak dipinjam dan bilangan yang sedia ada tidak melebihi bilangan yang dilesenkan
b. Tempoh pinjaman terkumpul (jika pernah membuat permohonan pinjaman bagi peralatan yang sama) tidak melebihi satu tahun
c. Peminjam tidak dalam tempoh penggantungan lesen/operasi
d. Permohonan secara Atas Talian (Online): elesen-eSPP
e. Kemukakan borang tidak kurang daripada empat belas (14) hari dari tarikh peminjaman.
f. Kelulusan (jika layak) diberikan hanya untuk tempoh berikut, yang mana lebih pendek iaitu:
       i) Tempoh yang dimohon dan tidak boleh dilanjutkan; atau
       ii) 3 bulan bagi permohonan pertama; 6 bulan bagi permohonan kedua; 3 bulan bagi permohonan ketiga – bagi peralatan sinaran yang sama; atau
       iii) sehingga tempoh sah lesen; atau
       iv) sehingga tempoh sah pengiktirafan PPS
g. Syarat-syarat kelulusan terdapat Atas Talian (Online): elesen-eSPP

Apakah syarat-syarat dan prosedur untuk meminjam radas penyinaran?
Syarat-syarat peminjaman radas penyinaran adalah :
a. Jumlah bilangan yang hendak dipinjam dan bilangan yang sedia ada tidak melebihi bilangan yang dilesenkan
b. Tempoh pinjaman terkumpul (jika pernah membuat permohonan pinjaman bagi peralatan yang sama) tidak melebihi satu tahun
c. Peminjam tidak dalam tempoh penggantungan lesen/operasi
d. Permohonan secara Atas Talian (Online): elesen-eSPP
e. Kemukakan Permohonan secara Atas Talian (Online): elesen-eSPP tidak kurang daripada empat belas (14) hari dari tarikh peminjaman.
f. Kelulusan (jika layak) diberikan hanya untuk tempoh berikut, yang mana lebih pendek iaitu:
       i) Tempoh yang dimohon dan tidak boleh dilanjutkan; atau
       ii) 3 bulan bagi permohonan pertama; 6 bulan bagi permohonan kedua; 3 bulan bagi permohonan ketiga – bagi peralatan sinaran yang sama; atau
       iii) sehingga tempoh sah lesen; atau
       iv) sehingga tempoh sah pengiktirafan PPS
g. Syarat-syarat kelulusan terdapat di Atas Talian (Online): elesen-eSPP

Apakah syarat-syarat dan prosedur untuk meminjam pekerja sinaran?
a. Syarat-syarat peminjaman pekerja sinaran adalah :
b. Peminjam dan Pemberi pinjam mempunyai lesen yang sah dari AELB.
c. Pegawai Perlindungan Sinaran pemohon masih sah tempoh pengiktirafan.
d. Pekerja sinaran yang terlibat :
       i) Telah mendapat pengiktirafan sebagai pekerja sinaran
       ii) Tempoh pengiktirafan masih sah
       iii) Bukan Pegawai Perlindungan Sinaran
       iv) Tidak dalam siasatan AELB
       v) Tidak didalam tempoh penggantungan
       vi) Tidak menerima dos terkumpul (bagi tahun semasa) melebihi had operasi.
e. Peminjam tidak dalam tempoh penggantungan lesen/operasi
f. Permohonan secara Atas Talian (Online): elesen-eSPP
g. Kemukakan borang tidak kurang daripada empat belas (14) hari dari tarikh peminjaman.
h. Kelulusan (jika layak) diberikan hanya untuk tempoh berikut, yang mana lebih pendek iaitu:
       i) tempoh yang dipohon; atau
       ii) sehingga tempoh sah lesen peminjam; atau
       iii) sehingga tempoh sah lesen pemberi pinjam; atau
       iv) sehingga tempoh sah pengiktirafan PPS peminjam; atau
       v) sehingga tempoh sah pengiktirafan PPS pemberi pinjam; atau
       vi) sehingga tempoh sah pengiktirafan pekerja terbabit
*Nota: Syarat-syarat kelulusan terdapat disebelah belakang borang permohonan​

KERJA-​KERJA NDT
Apakah prosedur yang perlu diikuti untuk melakukan kerja radiografi di kawasan awam?
a. Permohonan secara Atas Talian (Online): elesen-eSPP
b. Kemukakan borang tidak kurang daripada empat belas (14) hari dari tarikh kerja dengan menyertakan maklumat-maklumat berikut :-
       i) Pelan lokasi kawasan awam dengan menandakan lokasi permulaan dan penamat kerja radiografi.
       ii) Salinan surat / permit kebenaran daripada pihak berkuasa tempatan, polis, syarikat pemberi kontrak dan lain-lain lagi (jika berkaitan).
       iii) Pengiraan kadar dos dan jarak selamat bagi kadar dedahan sinaran tidak melebihi 2.5 µSv/jam.
       iv) Nyatakan no. siri punca, bekas punca dan radas penyinaran yang akan digunakan.
c. Perkara-perkara lain yang perlu diambilkira adalah:-
       i) Borang hendaklah ditandatangani oleh OBTL/Pegawai Perlindungan Sinaran SAHAJA.
       ii) Penilaian tapak akan dilakukan sekiranya perlu.
       iii) Hendaklah mengadakan langkah-langkah keselamatan sinaran iaitu sebelum, semasa dan selepas kerja radiografi dilakukan.
       iv) Bahan radioaktif hendaklah distor di tempat penstoran yang telah diiktiraf oleh AELB (jika berkaitan).
d. Masa yang dibenarkan untuk melakukan kerja radiografi di kawasan awam adalah di antara pukul 12.00 tengah malam dan pukul 5.00 pagi keesokan harinya. Walau bagaimanapun ianya bergantung kepada kebenaran AELB dari semasa kesemasa.
e. Syarat-syarat kebenaran akan dilampirkan semasa kebenaran diberikan.​

TRANSI​T
Apakah prosedur yang perlu diikuti untuk melakukan transit bahan nuklear di Malaysia?
Kebenaran Untuk Transit Bahan Nuklear
​- Fee Permohonan ​: ​RM20.00
​- Fee Lesen ​: ​Tiada
​- Akta/Peraturan ​: ​Seksyen 17, Akta 304
​- Tempoh Proses ​: ​1 Minggu
​- Prosedur ​:
  1. i.   Dapatkan borang Permohonan Kebenaran Aktiviti Import/Eksport/ Pergerakan Bahan Radioaktif daripada AELB atau muaturun (download) di sini (Borang Permohonan Kebenaran Transit).
  2. ii.   Kemukakan borang sebanyak 3 salinan beserta fee RM20.00 bagi setiap permohonan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum aktiviti dijalankan.
  3. iii.   Salinan sijil yang disahkan bagi perakuan bekas punca/ pengangkutan bahan nuklear.
  4. iv.   Surat pengesahan yang menunjukkan syarikat diberi kuasa oleh negara dari mana bahan nuklear itu dibawa keluar.
  5. v.   Salinan Sijil Jaminan Kewangan/Liabiliti yang meliputi negara Malaysia.
  6. vi.   Permohonan hendaklah dibuat oleh agen/wakil perkapalan tempatan.

vii.   Maklumkan kepada AELB secara bertulis tarikh sebenar transit selewat-lewatnya satu hari sebelum transit.


PEMBERHENTIAN PEKERJA SINARAN
Apakah prosedur pemberhentian pekerja sinaran?
a. Kemukakan Permohonan secara Atas Talian (Online): elesen-eSPP sekurang-kurangnya 14 hari sebelum pemberhentian dilakukan dengan menyertakan butir-butir lengkap seperti berikut:-
       i) Salinan Surat Pengesahan Pemeriksaan Perubatan Semasa Berhenti Kerja, mukasurat 16 LPTA/BM/5 seksyen A.
       ii) kad pekerja sinaran (jika berkaitan)
b. Buku Rekod Perubatan LPTA/BM/5 Seksyen A dan LPTA/BM/5 Seksyen B, pemegang lesen diberi pilihan sama ada:
       i) Menyimpan sendiri dan perlu bertanggungjawab memastikan rekod tersebut tidak hilang [Peraturan 45(5) P.U.(A) 61]; atau
       ii) Menyerahkan ke AELB untuk disimpan.
c. Sekiranya pemegang lesen membubarkan lesen, rekod perubatan mesti diserahkan ke AELB [Peraturan 45(6) P.U. (A) 61].

PERLANTIKAN ATAU PENUKARAN OBTL
Apakah prosedur perlantikan atau penukaran Orang Yang Bertanggungjawab Terhadap Lesen (OBTL)​​?
a. OBTL hendaklah dilantik dari salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat atau sesiapa (pihak pengurusan) yang dilantik oleh Ahli Lembaga Pengarah Syarikat
b. Bagi Institut Pengajian Tinggi atau Pusat Penyelidikan, OBTL hendaklah dilantik dari Naib Canselor atau Timbalan Naib Canselor atau Pendaftar
c. Kemukakan Permohonan secara Atas Talian (Online): elesen-eSPP yang mengandungi butir-butir lengkap berikut :-
       i) Nama, No. kad pengenalan/pasport dan Jawatan
       ii) Salinan borang 49 dari Pejabat Pendaftar Syarikat (kecuali Institut Pengajian Tinggi atau Pusat Penyelidikan)
       iii) Surat lantikan yang ditandatangani oleh salah seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat sekiranya OBTL dilantik dari bukan Ahli Lembaga Pengarah

BILIK DEDAHAN
Apakah prosedur yang perlu diikuti untuk melakukan penempatan semula bilik dedahan?
Kebenaran Untuk Penempatan Semula Bilik Dedahan
​- Fee Permohonan ​: ​Tiada
​- Fee Lesen ​: ​Tiada
​- Akta/Peraturan ​: ​Seksyen 17, Akta 304
​- Tempoh Proses ​: ​1 - 2 Minggu
​- Kaedah Mohon​ ​: Atas Talian (Online): elesen-eSPP

PENGENDALI, PENYELIA DAN PEGAWAI PERLINDUNGAN SINARAN
Apakah prosedur yang perlu diikuti untuk menjadi pengendali, penyelia dan pegawai perlindungan sinaran?
Kebenaran Untuk Menjadi Pengendali, Penyelia dan Pegawai Perlindungan Sinaran
​- Fee Permohonan ​: ​Tiada
​- Fee Lesen ​: Tiada
​- Akta/Peraturan ​: ​1. Akta 304
2. Peraturan-Peraturan Perlindungan Sinaran (Standard Keselamatan Asas) 1988.
​- Tempoh Proses ​: 1 - 2 Bulan
​- Kaedah Mohon ​: Atas Talian (Online): elesen-eSPP
​- Syarat Lain ​: ​Lulus Peperiksaan Ditetapkan oleh AELB
​ ​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​​

MAKLUMAT LAIN

Senarai dan jelaskan perkara atau maklumat yang perlu dimaklumkan kepada AELB
Perkara atau maklumat yang perlu dimaklumkan ialah:
a. Penyata Pemilikan
b. Penyata Penjualan
c. Laporan Tentukuran Meter Tinjau
d. Laporan Ujian Kebocoran Bahan Radioaktif
e. Laporan Pemeriksaan Perubatan
f. Kemalangan/Kejadian Sinaran
g. Kerja Radiografi
h. Laporan Senggaraan Peralatan Sinaran
i. Penghentian Operasi, Pembubaran atau Peninggalan Kemudahan-Kemudahan Berlesen

Siapakah yang boleh dilantik sebagai Pengamal Perubatan Berdaftar Yang Diiktiraf (ARMP)?
Buat masa ini, semua pengamal perubatan berdaftar boleh dilantik sebagai ARMP dengan mengisi Borang Perakuan Pengamal Perubatan Berdaftar Yang Diluluskan dan serahkan kepada AELB ​secara Atas Talian (Online): elesen-eSPP

Bagaimanakah rekod perubatan disenggara?
Rekod perubatan hendaklah disenggara seperti berikut :
a. Menggunakan Buku Rekod Perubatan LPTA/BM/5 Seksyen A.
b. Buku hendaklah disimpan oleh Pengamal Perubatan Berdaftar Yang Diiktiraf (ARMP). Sekiranya perlu disimpan oleh pemegang lesen, kebenaran bertulis daripada ARMP perlu diperolehi.
c. Surat Pengesahan Pemeriksaan Perubatan (muka surat 16) ASAL hendaklah disimpan oleh pemegang lesen.
d. Surat Pengesahan Pemeriksaan Perubatan (muka surat 16) PENDUA hendaklah dikekalkan pada buku.
e​. Salinan fotokopi muka surat 16 hendaklah dikemukakan ke AELB setiap kali selepas pemeriksaan perubatan dilakukan.

Apakah yang perlu dilakukan sekiranya pekerja berhenti serta-merta tanpa melakukan pemeriksaan perubatan semasa berhenti kerja?​
a. Pemegang lesen hendaklah menghubungi pekerja melalui 'AR Register' atau cara lain yang boleh membuktikan arahan telah disampaikan atau tidak kepada pekerja/wakil, dan beri tempoh tertentu untuk melakukan pemeriksaan perubatan semasa berhenti kerja.​
b. ​Sekiranya tiada tindakan dalam tempoh yang ditetapkan pada para (a),pemegang lesen hendaklah mengemukakan kepada AELB, salinan kad Akuan Terima Surat Berdaftar Dalam Negeri (sekiranya menggunakan AR Register) atau apa-apa bukti dimana arahan tersebut telah disampaikan atau tidak kepada pekerja/wakil.​​

Adakah meter tinjau yang baru dibeli dan telah ditentukur oleh pengilang, perlu ditentukurkan semula di Agensi Nuklear Malaysia?
Ya, kerana kemungkinan meter tinjau tersebut rosak semasa pengangkutan.​

Saya telah menerima surat berhenti operasi kerana Pegawai Perlindungan Sinaran (PPS) tamat tempoh sedangkan syarikat masih ada penyelia, ken​apa terjadi demikian?
Ini adalah kerana tugas penyelia adalah sebagai pembantu PPS sekiranya PPS masih ada, cuma mungkin berkursus, cuti atau lainnya. Sekiranya PPS tamat tempoh atau sudah tiada samada berhenti kerja atau sebagainya, OBTL hendaklah mengemukakan surat kepada AELB untuk melantik penyelia berkenaan sebagai PPS. Satu surat pengiktirafan sebagai PPS akan dikeluarkan. Penyelia tidak boleh diandaikan sebagai PPS secara automatik apabila PPS tiada sehingga AELB menerima surat untuk melantik penyelia berkenaan dan surat pengiktirafan sebagai PPS dikeluarkan oleh AELB.​

Apakah syarat-syarat untuk mengkelaskan semula kawasan kerja daripada kawasan kawalan kepada kawasan seliaan dan bagaimanakah caranya?​
a. Syarat-syarat untuk mengkelaskan semula kawasan kerja daripada kawasan kawalan kepada kawasan seliaan adalah :
       i) ​Telah melakukan pemonitoran kakitangan dan kawasan selama 12 bulan kalendar
       ii) Menepati kehendak kawasan seliaan sebagaimana ditakrifkan di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Perlindungan Sinaran (Standard Keselamatan Asas) 1988
       iii) Tidak melibatkan kerja-kerja radiografi industri, penggunaan tolok mudahalih atau kemudahan penyinaran.

b. Kemukakan surat hasrat yang mengandungi butir-butir lengkap berikut :
       i) Salinan laporan pemonitoran dari pusat yang diiktiraf oleh AELB untuk 12 bulan kalendar
       ii) Bahan radioaktif – nama unsur & no. jisim, no. siri punca dan keaktifan punca
       iii) Radas penyinaran – jenis & model, no. siri panel kawalan dan maksimum kV, mA, kW

Adakah pengimportan atau pengeksportan tiub radas penyinaran​ memerlukan pengisian borang?
Tidak, pengimportan atau pengeksportan tiub radas penyinaran tidak memerlukan pengisian borang. Walau bagaimanapun penukaran tiub hendaklah dilakukan oleh orang yang diiktiraf oleh AELB dan kemukakan LPTA/BM/3 untuk memaklumkan no. siri tiub yang baru.
Bolehkah saya melupus tiub radas penyinaran dan adakah perlu mendapat kebenaran AELB?​
Ya, tiub radas penyinaran boleh dilupuskan tanpa perlu mendapat kebenaran AELB tetapi tertakluk kepada peraturan pihak berkuasa lain (bukan AELB) sekiranya ada.​​

Apakah yang ditakrifkan sebagai kawasan awam?
Kawasan yang biasa dikunjungi atau didiami oleh orang awam di mana pergerakan mereka adalah di luar kawalan mana-mana pihak. Ini termasuklah kawasan perumahan, berdekatan jalan, pusat rekreasi, pusat perniagaan dan lain-lain kawasan yang seumpama dengannya yang mana memungkinkan orang awam terdedah kepada bahaya sinaran dari kerja-kerja radiografi yang dijalankan di kawasan ini. Premis-premis tetap seperti kilang, limbungan (yard) dan lain-lain premis seumpamanya di mana kerja-kerja radiografi telah dijalankan secara berkala dengan kebenaran dari pengguna adalah terkecuali dari definisi ini.​

Apakah dan dimanakah borang 49 boleh diperolehi?​
Borang 49 (Form 49, Companies Act 1965, Return Giving Particulars In Register Of Directors, Managers And Secretaries And Changes Of Particulars) dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar Syarikat semasa sesebuah syarikat didaftar. Borang ini menyenaraikan nama-nama pengarah, pengurus dan setiausaha syarikat.​

Bolehkah saya menggunakan kemudahan penstoran kepunyaan syarikat la​in?
Ya, tuan boleh menggunakan kemudahan penstoran syarikat lain setelah mendapat kebenaran AELB. Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan maklumat berikut secara Atas Talian (Online): elesen-eSPP
i) Surat perjanjian /kebenaran daripada tuan punya kemudahan penstoran.
ii) Salinan surat kebenaran mengguna yang dikeluarkan kepada tuan punya kemudahan penstoran.
iii) Nyatakan tempoh penggunaan.
iv) Bilangan bahan radioaktif yang akan disimpan
v) Jumlah aktiviti bahan radioaktif yang akan disimpan

Bolehkah satu kemudahan penstoran dikongsi?
a. ​Kemudahan penstoran tetap tidak dibenarkan dikongsi pakai pada suatu masa yang sama.
b. Kemudahan penstoran sementara tidak dibenarkan dikongsi melainkan jika dapat membuktikan semua kehendak yang telah ditetapkan oleh AELB dari segi keselamatan fizikal dan sistem keselamatan dipenuhi.