PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB KETUA PEGAWAI MAKLUMAT (CIO)
1. Mewujud dan mengetuai pasukan kerja keselamatan ICT Jabatan Lembaga Perlesenan
Tenaga Atom (AELB);
2. Membantu melaksanakan tugas-tugas yang melibatkan keselamatan ICT;
3. Menjadi penasihat keselamatan ICT;
4. Menyelaras pembangunan dan pelaksanaan pelan latihan dan program kesedaran
mengenai keselamatan ICT;
5. Memastikan semua pengguna memahami dan mematuhi DKICT Jabatan
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom;
6. Memastikan semua keperluan organisasi (sumber kewangan, sumber pengguna dan
perlindungan keselamatan) adalah mencukupi; dan
7. Memastikan penilaian risiko dan program keselamatan ICT di dalam DKICT
Jabatan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom mengikut pekeliling yang berkuatkuasa.