


|
Seminar Kesedaran Keselamatan Kendalian Kerja Radiografi Industri |
|
Tarikh : 15 Julai 2008 (Selasa) Tempat : Auditorium AELB
Lembaga Perlesenan Tenaga Atom akan menganjurkan Seminar Kesedaran Keselamatan Kendalian Kerja Radiografi Industri (AELB) pada 15 Julai 2008 bertempat di Auditorium AELB. Seminar ini bertujuan untuk memberi kesedaran berkenaan kepentingan budaya keselamatan sinaran dan sekuriti melalui pematuhan prosedur kerja yang betul di dalam bidang radiografi industri. Adalah menjadi menjadi harapan AELB agar program ini dapat memberikan latihan teori dan praktikal yang terbaik kepada pekerja sinaran, dan diharapkan ia dapat meningkatkan kesedaran akan kepentingan perlindungan sinaran, sekaligus dapat mengurangkan risiko kemalangan sinaran.
Objektif seminar ini adalah bagi meningkatkan tahap kepatuhan terhadap Akta 304 dan pencapaian kerja tanpa kemalangan (Zero Accident) dalam aktiviti radiografi industri, melalui penerangan mengenai;
• pengetahuan-pengetahuan asas perlindungan sinaran bagi aktiviti radiografi industri; • prosedur-prosedur kerja radiografi industri yang betul; • risiko dan kemungkinan bahaya atau kemalangan radiologi yang boleh berlaku dalam radiografi industri; dan • kepentingan untuk memahami keperluan Akta 304 dan juga perundangan subsidiary dibawahnya dalam melakukan kerja-kerja radiografi industri;
Seminar ini juga adalah sebagai satu ‘platform’ bagi mengeratkan kerjasama di antara pegawai-pegawai AELB dengan pekerja-pekerja sinaran supaya undang-undang dapat disampaikan dengan jelas dan dipatuhi dengan lebih berkesan
Dengan ini Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) berharap agar mendapat kerjasama sepenuhnya dari Pemegang Lesen terutama [Orang Bertanggungjawab Terhadap Lesen (OBTL) dan Pegawai Perlindungan Sinaran (RPO) iaitu YBhg. Tan Sri/ Dato’/Dr./Tuan/Puan untuk mengemukakan penyertaan di kalangan Pengendali dan Pengendali Pelatih sinaran. Yuran penyertaan sebanyak RM100.00 setiap seorang peserta akan dikenakan. Yuran ini termasuk sijil penyertaan (refresher certificate), bahan seminar, cenderahati, sarapan pagi, makan tengah hari dan juga minum petang.
Sila klik pada halaman utama pada setiap kategori untuk mengetahui kandungan program seterusnya faks ke 03-89201781 atau email kepada (junaidah@aelb.gov.my)/ (sumali@aelb.gov.my) untuk pengesahan kehadiran.
Untuk keterangan lanjut, YBhg. Tan Sri/ Dato’/Dr./Tuan/Puan office ‘s boleh menghubungi En.Rozman Mohd Tahar (Tel: 03-8926 7699 ext 5150 / Faks: 03-8920 1781 / rozman@aelb.gov.my
Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian dan sokongan YBhg. Tan Sri/ Dato’/Dr./Tuan/Puan untuk menjayakan Seminar Kesedaran Keselamatan Kendalian Kerja Radiografi Industri ini. |
|
MOSTI |






|
Hakcipta 2008 Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB), MOSTI. |