|
PERMOHONAN KEBENARAN Apakah aktiviti-aktiviti yang
memerlukan kebenaran AELB walaupun lesen berurusan dengan tenaga atom telah diperolehi?
Apakah syarat-syarat
umum sesuatu permohonan kebenaran?
Apakah jenis-jenis
kebenaran yang memerlukan borang permohonan?
Apakah prosedur untuk
mengimport atau mengeksport bahan radioaktif?
Apakah prosedur untuk
mengimport atau mengeksport radas penyinaran?
Apakah syarat-syarat dan
prosedur untuk meminjam pekerja sinaran?
Apakah syarat-syarat dan
prosedur untuk meminjam bahan radioaktif?
Apakah syarat-syarat dan
prosedur untuk meminjam radas penyinaran?
Apakah prosedur yang
perlu diikuti untuk melakukan kerja radiografi di kawasan awam?
Apakah prosedur
pemberhentian pekerja sinaran?
Apakah prosedur pelupusan
bahan radioaktif?
Apakah prosedur pelupusan
radas penyinaran?
Apakah prosedur perlantikan
atau penukaran OBTL?
Nyatakan prosedur untuk
membina tempat penstoran bahan radioaktif.
Adakah saya boleh
menggunakan tempat penstoran yang telah diberi kelulusan membina sebaik sahaja ianya siap
dibina?
PEMBERITAHUAN
Senarai dan jelaskan
perkara atau maklumat yang perlu dimaklumkan kepada AELB.
MAKLUMAT LAIN
Siapakah yang boleh dilantik sebagai
Pengamal Perubatan Berdaftar Yang Diluluskan (ARMP)?
Bagaimanakah
rekod perubatan disenggara?
Apakah yang perlu
dilakukan sekiranya pekerja berhenti serta-merta tanpa melakukan pemeriksaan perubatan
semasa berhenti kerja?
Adakah meter tinjau yang
baru dibeli dan telah ditentukur oleh pengilang, perlu ditentukurkan semula di MINT?
Saya telah menerima surat berhenti
operasi kerana PPS tamat tempoh sedangkan saya masih ada penyelia, kenapa terjadi
demikian?
Apakah syarat-syarat untuk
mengkelaskan semula kawasan kerja daripada kawasan kawalan kepada kawasan seliaan dan
bagaimanakah caranya?
Adakah
pengimportan atau pengeksportan tiub radas penyinaran memerlukan pengisian borang?
Bolehkah saya melupus tiub
radas penyinaran dan adakah perlu mendapat kebenaran AELB?
Apakah prosedur yang
perlu diikuti untuk melakukan transit bahan nuklear di Malaysia?
Apakah yang ditakrifkan
sebagai kawasan awam?
Apakah prosedur
pelupusan penangkap kilat beradioaktif?
Apakah dan dimanakah borang 49
boleh diperolehi?
Bolehkah saya menggunakan
kemudahan penstoran kepunyaan syarikat lain?
Bolehkah satu kemudahan
penstoran dikongsi?
PERMOHONAN KEBENARAN
Apakah aktiviti-aktiviti yang memerlukan
kebenaran AELB walaupun lesen berurusan dengan tenaga atom telah diperolehi?
Walaupun lesen berurusan dengan tenaga atom telah diperolehi, pemegang
lesen masih perlu mendapatkan kebenaran AELB bagi menjalankan aktiviti berikut :
Kebenaran yang memerlukan borang
permohonan :
a. Permohonan Kebenaran Aktiviti
Import/Eksport/Pergerakan Bahan
Radioaktif
b. Permohonan Kebenaran Aktiviti
Import/Eksport Radas Penyinaran
c. Permohonan Kebenaran Peminjaman Pekerja
Sinaran
d. Permohonan Kebenaran Peminjaman Bahan
Radioaktif
e. Permohonan Kebenaran Peminjaman Radas
Penyinaran
f. Permohonan Kebenaran Kerja Radiografi Di
Kawasan Awam
g. Permohonan Kebenaran Pemasangan/Pengujian/Senggaraan
Radas Penyinaran
Kebenaran yang memerlukan surat hasrat :
Pertukaran/Pengambilan/Pemberhentian OBTL, Pegawai Perlindungan
Sinaran, Penyelia atau Pekerja Sinaran
Membina Tempat Penstoran
Mengguna Tempat Penstoran
Pelupusan Bahan Radioaktif
Pelupusan Radas Penyinaran
Perubahan Lokasi Peralatan Sinaran
SYARAT-SYARAT UMUM KELULUSAN PERMOHONAN KEBENARAN
Apakah syarat-syarat umum sesuatu permohonan kebenaran ?
a. Tempoh lesen masih sah
b. Tempoh pengiktirafan pegawai perlindungan sinaran
masih sah
c. Bahan radioaktif atau radas penyinaran (termasuk
butir-butir yang berkaitan) adalah dilesenkan dan tidak melebihi dari jumlah yang
dilesenkan.
d. Pemegang lesen atau pekerja tidak di dalam
siasatan AELB ( yang mana berkenaan)
e. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap (
sekiranya menggunakan borang)
IMPORT/EKSPORT/PERGERAKAN BAHAN RADIOAKTIF
Apakah prosedur untuk mengimport atau
mengeksport bahan radioaktif?
a. Dapatkan borang Permohonan Kebenaran Aktiviti
Import/Eksport/ Pergerakan Bahan Radioaktif daripada AELB atau cetak dari laman web AELB, http://www.aelb.gov.my
b. Kemukakan borang sebanyak 3 salinan beserta fee
RM20.00 bagi setiap permohonan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum aktiviti dijalankan.
c. Setelah kelulusan diperolehi dan aktiviti telah
dijalankan, kemukakan maklumat yang diminta seperti di lampiran A yang disertakan bersama
borang kelulusan.
d. Kelulusan (jika layak) diberikan hanya untuk
tempoh berikut, yang mana lebih pendek iaitu:
i. 3 bulan dari tarikh lulus; atau
ii. sehingga tempoh sah lesen; atau
iii. sehingga tempoh sah pengiktirafan PPS.
IMPORT/EKSPORT RADAS PENYINARAN
Apakah prosedur untuk mengimport atau
mengeksport radas penyinaran?
a. Dapatkan borang Permohonan Kebenaran Aktiviti
Import/Eksport/ Pergerakan Bahan Radioaktif daripada AELB atau cetak dari laman web AELB, http://www.aelb.gov.my
b. Kemukakan borang sebanyak 3 salinan beserta fee
RM20.00 bagi setiap permohonan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum aktiviti dijalankan.
c. Setelah kelulusan diperolehi dan aktiviti telah
dijalankan, kemukakan maklumat yang diminta seperti di lampiran A yang disertakan bersama
borang kelulusan.
d. Kelulusan (jika layak) diberikan hanya untuk
tempoh berikut, yang mana lebih pendek iaitu:
i. 3 bulan dari tarikh lulus; atau
ii. sehingga tempoh sah lesen; atau
iii. sehingga tempoh sah pengiktirafan PPS.
PEMINJAMAN PEKERJA SINARAN
Apakah syarat-syarat dan prosedur untuk
meminjam pekerja sinaran?
a. Syarat-syarat peminjaman pekerja sinaran adalah :
b. Peminjam dan Pemberi pinjam mempunyai lesen yang
sah dari AELB.
c. Pegawai Perlindungan Sinaran pemohon masih sah
tempoh pengiktirafan.
d. Pekerja sinaran yang terlibat :
i) Telah mendapat pengiktirafan sebagai pekerja
sinaran
ii) Tempoh pengiktirafan masih sah
iii) Bukan Pegawai Perlindungan Sinaran
iv) Tidak dalam siasatan AELB
v) Tidak didalam tempoh penggantungan
vi) Tidak menerima dos terkumpul (bagi tahun semasa)
melebihi had operasi.
e. Peminjam tidak dalam tempoh penggantungan
lesen/operasi
f. Dapatkan borang Permohonan Kebenaran Peminjaman
Pekerja Sinaran daripada AELB dengan harga RM 1.00.
g. Kemukakan borang tidak kurang daripada empat belas
(14) hari dari tarikh peminjaman.
h. Kelulusan (jika layak) diberikan hanya untuk
tempoh berikut, yang mana lebih pendek iaitu:
i) tempoh yang dipohon; atau
ii) sehingga tempoh sah lesen peminjam; atau
iii) sehingga tempoh sah lesen pemberi pinjam; atau
iv) sehingga tempoh sah pengiktirafan PPS peminjam; atau
v) sehingga tempoh sah pengiktirafan PPS pemberi pinjam;
atau
vi) sehingga tempoh sah pengiktirafan pekerja terbabit
syarat-syarat kelulusan terdapat disebelah belakang borang permohonan
PEMINJAMAN BAHAN RADIOAKTIF
Apakah syarat-syarat dan prosedur untuk
meminjam bahan radioaktif?
Syarat-syarat peminjaman bahan radioaktif adalah :
a. Jumlah bilangan yang hendak dipinjam dan bilangan
yang sedia ada tidak melebihi bilangan yang dilesenkan
b. Tempoh pinjaman terkumpul (jika pernah membuat
permohonan pinjaman bagi peralatan yang sama) tidak melebihi satu tahun
c. Peminjam tidak dalam tempoh penggantungan
lesen/operasi
d. Dapatkan borang Permohonan Kebenaran Peminjaman
Bahan Radioaktif daripada AELB dengan harga RM 1.00
e. Kemukakan borang tidak kurang daripada empat belas
(14) hari dari tarikh peminjaman.
f. Kelulusan (jika layak) diberikan hanya untuk
tempoh berikut, yang mana lebih pendek iaitu:
i) Tempoh yang dimohon dan tidak boleh dilanjutkan;
atau
ii) 3 bulan bagi permohonan pertama; 6 bulan bagi
permohonan kedua; 3 bulan bagi permohonan ketiga bagi peralatan sinaran yang sama;
atau
iii) sehingga tempoh sah lesen; atau
iv) sehingga tempoh sah pengiktirafan PPS
g. Syarat-syarat kelulusan terdapat di belakang
borang permohonan.
PEMINJAMAN RADAS PENYINARAN
Apakah syarat-syarat dan prosedur untuk
meminjam radas penyinaran?
Syarat-syarat peminjaman radas penyinaran adalah :
a. Jumlah bilangan yang hendak dipinjam dan bilangan
yang sedia ada tidak melebihi bilangan yang dilesenkan
b. Tempoh pinjaman terkumpul (jika pernah membuat
permohonan pinjaman bagi peralatan yang sama) tidak melebihi satu tahun
c. Peminjam tidak dalam tempoh penggantungan
lesen/operasi
d. Dapatkan borang Permohonan Kebenaran Peminjaman
Radas Penyinaran daripada AELB dengan harga RM 1.00.
e. Kemukakan borang tidak kurang daripada empat belas
(14) hari dari tarikh peminjaman.
f. Kelulusan (jika layak) diberikan hanya untuk
tempoh berikut, yang mana lebih pendek iaitu:
i) Tempoh yang dimohon dan tidak boleh dilanjutkan;
atau
ii) 3 bulan bagi permohonan pertama; 6 bulan bagi
permohonan kedua; 3 bulan bagi permohonan ketiga bagi peralatan sinaran yang sama;
atau
iii) sehingga tempoh sah lesen; atau
iv) sehingga tempoh sah pengiktirafan PPS
g. Syarat-syarat kelulusan terdapat di belakang
borang permohonan.
KERJA RADIOGRAFI DI KAWASAN AWAM
Apakah prosedur yang perlu diikuti untuk
melakukan kerja radiografi di kawasan awam?
a. Dapatkan borang Permohonan Kebenaran Kerja
Radiografi Di Kawasan Awam daripada AELB dengan harga RM 1.00.
b. Kemukakan borang tidak kurang daripada empat belas
(14) hari dari tarikh kerja dengan menyertakan maklumat-maklumat berikut :-
i) Pelan lokasi kawasan awam dengan menandakan
lokasi permulaan dan penamat kerja radiografi.
ii) Salinan surat / permit kebenaran daripada pihak
berkuasa tempatan, polis, syarikat pemberi kontrak dan lain-lain lagi (jika berkaitan).
iii) Pengiraan kadar dos dan jarak selamat bagi kadar dedahan
sinaran tidak melebihi 2.5 µSv/jam.
iv) Nyatakan no. siri punca, bekas punca dan radas penyinaran
yang akan digunakan.
c. Perkara-perkara lain yang perlu diambilkira
adalah:-
i) Borang hendaklah ditandatangani oleh OBTL/Pegawai
Perlindungan Sinaran SAHAJA.
ii) Penilaian tapak akan dilakukan sekiranya perlu.
iii) Hendaklah mengadakan langkah-langkah keselamatan
sinaran iaitu sebelum, semasa dan selepas kerja radiografi dilakukan.
iv) Bahan radioaktif hendaklah distor di tempat penstoran yang
telah diiktiraf oleh AELB (jika berkaitan).
d. Masa yang dibenarkan untuk melakukan kerja radiografi di
kawasan awam adalah di antara pukul 12.00 tengah malam dan pukul 5.00 pagi keesokan
harinya. Walau bagaimanapun ianya bergantung kepada kebenaran AELB dari semasa kesemasa.
e. Syarat-syarat kebenaran akan dilampirkan semasa
kebenaran diberikan.
PEMBERHENTIAN PEKERJA SINARAN
Apakah prosedur pemberhentian
pekerja sinaran?
a. Kemukakan surat hasrat sekurang-kurangnya 14 hari
sebelum pemberhentian dilakukan dengan menyertakan butir-butir lengkap seperti berikut:-
i) Salinan Surat Pengesahan Pemeriksaan Perubatan
Semasa Berhenti Kerja, mukasurat 16 LPTA/BM/5 seksyen A.
ii) kad pekerja sinaran (jika berkaitan)
b. Buku Rekod Perubatan LPTA/BM/5 Seksyen A dan
LPTA/BM/5 Seksyen B, pemegang lesen diberi pilihan sama ada:
i) Menyimpan sendiri dan perlu bertanggungjawab
memastikan rekod tersebut tidak hilang [Peraturan 45(5) P.U.(A) 61]; atau
ii) Menyerahkan ke AELB untuk disimpan.
c. Sekiranya pemegang lesen membubarkan lesen, rekod
perubatan mesti diserahkan ke AELB [Peraturan 45(6) P.U. (A) 61].
PELUPUSAN BAHAN RADIOAKTIF
Apakah prosedur pelupusan bahan radioaktif?
a. Kemukakan surat hasrat yang mengandungi
butir-butir lengkap berikut:
i) Nama unsur & no. jisim, No. siri punca,
Keaktifan punca
ii) Kaedah pelupusan
iii) Kaedah-kaedah pelupusan yang dibenarkan adalah:
iv) Lupus/eksport ke pembekal asal,
v) lupus di MINT, Bangi
vi) cara lain yang dibenarkan oleh AELB.
b. Selepas mendapat kebenaran pelupusan dan pelupusan
telah dilakukan, kemukakan maklumat berikut kepada AELB iaitu :
i) Salinan pengesahan penerimaan bahan radioaktif
daripada tempat pelupusan
ii) Penyata Pemilikan, LPTA/BM/3 ( bagi pengguna )
PELUPUSAN RADAS PENYINARAN
Apakah prosedur pelupusan radas penyinaran?
a. Kemukakan surat hasrat yang mengandungi
butir-butir lengkap berikut:
i) Jenis & model radas penyinaran
ii) No. siri panel kawalan
iii) Kaedah pelupusan
b. Kaedah-kaedah pelupusan yang dibenarkan adalah:
i) derma
ii) eksport/kembalikan ke pembekal asal
iii) tanggalkan (dismantle) untuk dijadikan besi
buruk
iv) cara lain yang dibenarkan
c. Selepas mendapat kebenaran pelupusan dan pelupusan
telah dilakukan, kemukakan maklumat berikut kepada AELB iaitu :
i) Salinan pengesahan penerimaan radas penyinaran
daripada tempat pelupusan atau dokumen eksport (sekiranya dieksport)
ii) Gambar menunjukkan radas telah ditanggalkan (sekiranya
"dismantle")
iii) Penyata Pemilikan, LPTA/BM/3 ( bagi pengguna )
PERLANTIKAN ATAU PENUKARAN ORANG YANG BERTANGGUNGJAWAB TERHADAP LESEN
(OBTL)
Apakah prosedur perlantikan atau penukaran
OBTL?
a. OBTL hendaklah dilantik dari salah seorang Ahli
Lembaga Pengarah Syarikat atau sesiapa (pihak pengurusan) yang dilantik oleh Ahli Lembaga
Pengarah Syarikat
b. Bagi Institut Pengajian Tinggi atau Pusat
Penyelidikan, OBTL hendaklah dilantik dari Naib Canselor atau Timbalan Naib Canselor atau
Pendaftar
c. Kemukakan surat hasrat yang mengandungi
butir-butir lengkap berikut :-
i) Nama, No. kad pengenalan/pasport dan Jawatan
ii) Salinan borang 49 dari
Pejabat Pendaftar Syarikat (kecuali Institut Pengajian Tinggi atau Pusat Penyelidikan)
iii) Surat lantikan yang ditandatangani oleh salah
seorang Ahli Lembaga Pengarah Syarikat sekiranya OBTL dilantik dari bukan Ahli Lembaga
Pengarah
MEMBINA TEMPAT PENSTORAN BAHAN RADIOAKTIF
Nyatakan prosedur untuk membina tempat
penstoran bahan radioaktif.
a. Permohonan boleh dibuat oleh pemegang lesen atau
kontraktor.
b. Kemukakan surat hasrat yang mengandungi
butir-butir lengkap berikut:
c. Rekabentuk termasuk pengiraan dedahan luar pada
permukaan penstoran dan di pagar tempat penstoran
d. Lokasi tempat (alamat dan pelan)
e. Bilangan bahan radioaktif yang akan disimpan
f. Jumlah aktiviti bahan radioaktif yang akan
disimpan
g. Tempoh penggunaan tempat penstoran jika penstoran
sementara
h. Surat kebenaran pemilik tapak
i. Pemeriksaan tapak akan diadakan (sekiranya
berkaitan)
MENGGUNA TEMPAT PENSTORAN BAHAN RADIOAKTIF
Adakah saya boleh menggunakan tempat
penstoran yang telah diberi kelulusan membina sebaik sahaja ianya siap dibina?
a. Sebelum tempat penstoran ini boleh digunakan,
kebenaran mengguna hendaklah diperolehi terlebih dahulu daripada AELB dengan mengemukakan
surat hasrat yang mengandungi butir-butir berikut:-
i) salinan surat kebenaran membina,
ii) gambar tempat penstoran yang telah siap.
PEMBERITAHUAN
Senarai dan jelaskan perkara atau maklumat
yang perlu dimaklumkan kepada AELB.
Perkara atau maklumat yang perlu dimaklumkan ialah:-
a. Penyata
Pemilikan
b. Penyata
Penjualan
c. Laporan
Tentukuran Meter Tinjau
d. Laporan
Ujian Kebocoran Bahan Radioaktif
e. Laporan
Pemeriksaan Perubatan
f. Kemalangan/Kejadian Sinaran
g. Kerja
Radiografi
h. Laporan Senggaraan Peralatan Sinaran
i. Penghentian
Operasi, Pembubaran atau Peninggalan Kemudahan-Kemudahan Berlesen
PENYATA PEMILIKAN
a. Menggunakan 2 salinan asal borang LPTA/BM/3 (
BENTUK PENYATA PEMILIKAN BAHAN RADIOAKTIF, BAHAN NUKLEAR, BENDA DITETAPKAN ATAU RADAS
PENYINARAN ) yang diisi lengkap. Borang boleh diperolehi di AELB dengan harga RM 2.00.
b. Kemukakan kepada AELB dalam masa 14 hari selepas
pemilikan atau setiap kali berlaku perubahan ke atas pemilikan
c. Senaraikan semua bahan radioaktif dan radas
penyinaran yang dimiliki (nyatakan no. siri setiap bahan radioaktif)
d. Sertakan sekeping sampul surat bersetem dan
beralamat sendiri untuk dikembalikan kepada pemegang lesen satu salinan borang yang telah
disemak
PENYATA PENJUALAN
a. Menggunakan 2 salinan asal BORANG LPTA/BM/2 (
BENTUK PENYATA PENJUALAN BAHAN RADIOAKTIF, BAHAN NUKLEAR, BENDA DITETAPKAN ATAU RADAS
PENYINARAN yang diisi lengkap. Borang boleh diperolehi di AELB dengan harga RM 2.00
b. Kemukakan kepada AELB dalam tempoh 14 hari selepas
penjualan.
LAPORAN TENTUKURAN METER TINJAU
a. Meter tinjau hendaklah ditentukurkan oleh pusat
tentukuran yang diiktiraf oleh AELB setiap tahun atau selepas pembaikan kerosakan atau
apabila diarahkan oleh AELB. Setakat ini pusat tentukuran yang diiktiraf oleh AELB adalah
Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT) sahaja.
b. Kemukakan kepada AELB salinan sijil tentukuran
(termasuk lampiran) setiap kali selepas ditentukurkan.
LAPORAN UJIAN KEBOCORAN BAHAN RADIOAKTIF
(kecuali Kripton 85)
a. Semua bahan radioaktif kecuali Kr-85 perlu
dilakukan ujian kebocoran oleh pusat servis yang diiktiraf oleh AELB setiap tahun
b. Kemukakan kepada AELB laporan ujian setiap tahun
mengikut format berikut.
LAPORAN PEMERIKSAAN PERUBATAN
Kemukakan kepada AELB salinan Surat Pengesahan Pemeriksaan Perubatan
(muka surat 16) LPTA/BM5 Seksyen A dalam masa 14 hari dari tarikh pemeriksaan perubatan
diterima daripada Pengamal Perubatan Berdaftar Yang Diiktiraf (ARMP).
PENGHENTIAN OPERASI, PEMBUBARAN ATAU
PENINGGALAN KEMUDAHAN-KEMUDAHAN BERLESEN
Apakah yang perlu dilakukan sekiranya syarikat kami ingin menamatkan
aktiviti yang melibatkan sinaran?
a. Dapatkan kelulusan bertulis daripada AELB dengan
mengemukakan surat hasrat dan maklumat berikut :-
i) Tarikh penghentian dan rancangan terhadap
peralatan sinaran yang dimiliki.
ii) Pengesahan penerimaan peralatan sinaran,
iii) daripada tempat pelupusan sekiranya peralatan
sinaran dilupus;
iv) daripada penerima sekiranya peralatan sinaran
diderma atau dijual;
v) Maklumat eksport sekiranya peralatan sinaran
dieksport;
vi) Laporan pemeriksaan perubatan selepas berhenti
kerja [Peraturan 38, P.U. (A) 61] dan Buku Rekod Perubatan LPTA/BM/5 Seksyen A bagi
pekerja-pekerja sinaran [Peraturan 45(6), P.U. (A) 61]; dan,
vii) Lesen asal sekiranya tempoh lesen masih sah.
KERJA RADIOGRAFI
a. Maklumkan kepada AELB secara bertulis
selewat-lewatnya 24 jam sebelum sebarang kerja radiografi hendak dilakukan dengan
menyertakan maklumat berikut :-
i) alamat premis/tapak dan tempat penstoran dimana
kerja dilakukan;
ii) tarikh dan tempoh kerja; dan
iii) jenis peralatan radiografi yang akan digunakan.
MAKLUMAT LAIN
ARMP
Siapakah yang boleh dilantik sebagai Pengamal
Perubatan Berdaftar Yang Diiktiraf (ARMP)?
Buat masa ini, semua pengamal perubatan berdaftar boleh dilantik
sebagai ARMP dengan mengisi Borang Perakuan Pengamal Perubatan Berdaftar Yang Diluluskan
dan serahkan kepada AELB
REKOD PERUBATAN
Bagaimanakah rekod perubatan
disenggara?
a. Rekod perubatan hendaklah disenggara seperti
berikut :-
i) Menggunakan Buku Rekod Perubatan LPTA/BM/5 Seksyen
A.
ii) Buku hendaklah disimpan oleh Pengamal Perubatan
Berdaftar Yang Diiktiraf (ARMP). Sekiranya perlu disimpan oleh pemegang lesen, kebenaran
bertulis daripada ARMP perlu diperolehi.
iii) Surat Pengesahan Pemeriksaan Perubatan (muka
surat 16) ASAL hendaklah disimpan oleh pemegang lesen.
iv) Surat Pengesahan Pemeriksaan Perubatan (muka
surat 16) PENDUA hendaklah dikekalkan pada buku.
v) Salinan fotokopi muka surat 16 hendaklah
dikemukakan ke AELB setiap kali selepas pemeriksaan perubatan dilakukan.
METER TINJAU
Adakah meter tinjau yang baru dibeli dan
telah ditentukur oleh pengilang, perlu ditentukurkan semula di MINT?
Ya, kerana kemungkinan meter tinjau tersebut rosak semasa pengangkutan.
PEGAWAI PERLINDUNGAN SINARAN
Saya telah menerima surat berhenti operasi kerana Pegawai Perlindungan
Sinaran (PPS) tamat tempoh sedangkan syarikat masih ada penyelia, kenapa terjadi demikian?
Ini adalah kerana tugas penyelia adalah sebagai pembantu PPS sekiranya
PPS masih ada, cuma mungkin berkursus, cuti atau lainnya. Sekiranya PPS tamat tempoh atau
sudah tiada samada berhenti kerja atau sebagainya, OBTL hendaklah mengemukakan surat
kepada AELB untuk melantik penyelia berkenaan sebagai PPS. Satu surat pengiktirafan
sebagai PPS akan dikeluarkan. Penyelia tidak boleh diandaikan sebagai PPS secara automatik
apabila PPS tiada sehingga AELB menerima surat untuk melantik penyelia berkenaan dan surat
pengiktirafan sebagai PPS dikeluarkan oleh AELB.
PENGKELASAN SEMULA KAWASAN KAWALAN KEPADA KAWASAN SELIAAN
Apakah syarat-syarat untuk mengkelaskan
semula kawasan kerja daripada kawasan kawalan kepada kawasan seliaan dan bagaimanakah
caranya?
a. Syarat-syarat untuk mengkelaskan semula kawasan
kerja daripada kawasan kawalan kepada kawasan seliaan adalah :
i) Telah melakukan pemonitoran kakitangan dan kawasan
selama 12 bulan kalendar
ii) Menepati kehendak kawasan seliaan sebagaimana
ditakrifkan di bawah Peraturan 3, Peraturan-Peraturan Perlindungan Sinaran (Standard
Keselamatan Asas) 1988
iii) Tidak melibatkan kerja-kerja radiografi
industri, penggunaan tolok mudahalih atau kemudahan penyinaran.
b. Kemukakan surat hasrat yang mengandungi
butir-butir lengkap berikut :
i) Salinan laporan pemonitoran dari pusat yang
diiktiraf oleh AELB untuk 12 bulan kalendar
ii) Bahan radioaktif nama unsur & no.
jisim, no. siri punca dan keaktifan punca
iii) Radas penyinaran jenis & model, no. siri
panel kawalan dan maksimum kV, mA, kW
IMPORT/EKSPORT TIUB RADAS PENYINARAN
Adakah pengimportan atau
pengeksportan tiub radas penyinaran memerlukan pengisian borang?
Tidak, pengimportan atau pengeksportan tiub radas penyinaran tidak
memerlukan pengisian borang. Walau bagaimanapun penukaran tiub hendaklah dilakukan oleh
orang yang diiktiraf oleh AELB dan kemukakan LPTA/BM/3 untuk memaklumkan no. siri tiub
yang baru.
LUPUS TIUB RADAS PENYINARAN
Bolehkah saya melupus tiub radas penyinaran dan
adakah perlu mendapat kebenaran AELB?
Ya, tiub radas penyinaran boleh dilupuskan tanpa perlu mendapat
kebenaran AELB tetapi tertakluk kepada peraturan pihak berkuasa lain (bukan AELB)
sekiranya ada.
TRANSIT BAHAN NUKLEAR
Apakah prosedur yang perlu diikuti
untuk melakukan transit bahan nuklear di Malaysia?
a. Dapatkan borang Permohonan Kebenaran Aktiviti
Import/Eksport/ Pergerakan Bahan Radioaktif daripada AELB atau cetak dari laman web AELB, http://www.aelb.gov.my
b. Kemukakan borang sebanyak 3 salinan beserta fee
RM20.00 bagi setiap permohonan sekurang-kurangnya 14 hari sebelum aktiviti dijalankan.
c. Salinan sijil yang disahkan bagi perakuan bekas
punca/ pengangkutan bahan nuklear.
d. Surat pengesahan yang menunjukkan syarikat diberi
kuasa oleh negara dari mana bahan nuklear itu dibawa keluar.
e. Salinan Sijil Jaminan Kewangan/Liabiliti yang
meliputi negara Malaysia.
f. Permohonan hendaklah dibuat oleh agen/wakil
perkapalan tempatan.
g. Maklumkan kepada AELB secara bertulis tarikh
sebenar transit selewat-lewatnya satu hari sebelum transit.
KAWASAN AWAM
Apakah yang ditakrifkan sebagai kawasan awam?
Kawasan yang biasa dikunjungi atau didiami oleh orang awam di mana
pergerakan mereka adalah di luar kawalan mana-mana pihak. Ini termasuklah kawasan
perumahan, berdekatan jalan, pusat rekreasi, pusat perniagaan dan lain-lain kawasan yang
seumpama dengannya yang mana memungkinkan orang awam terdedah kepada bahaya sinaran dari
kerja-kerja radiografi yang dijalankan di kawasan ini. Premis-premis tetap seperti kilang,
limbungan (yard) dan lain-lain premis seumpamanya di mana kerja-kerja radiografi telah
dijalankan secara berkala dengan kebenaran dari pengguna adalah terkecuali dari definisi
ini.
PEKERJA BERHENTI TANPA MELAKUKAN PEMERIKSAAN PERUBATAN
Apakah yang perlu dilakukan
sekiranya pekerja berhenti serta-merta tanpa melakukan pemeriksaan perubatan semasa
berhenti kerja?
a. Pemegang lesen hendaklah menghubungi pekerja melalui
'AR Register' atau cara lain yang boleh
membuktikan arahan telah
disampaikan atau tidak kepada pekerja/wakil, dan beri tempoh tertentu untuk melakukan
pemeriksaan perubatan semasa berhenti kerja
b. Sekiranya tiada tindakan dalam tempoh yang ditetapkan
pada para (a),pemegang lesen hendaklah mengemukakan kepada AELB, salinan kad Akuan Terima
Surat Berdaftar Dalam Negeri (sekiranya menggunakan AR Register) atau apa-apa bukti dimana
arahan tersebut telah disampaikan atau tidak kepada pekerja/wakil.
PELUPUSAN PENANGKAP KILAT BERADIOAKTIF
Apakah prosedur pelupusan penangkap
kilat beradioaktif?
a. Kemukakan surat hasrat yang mengandungi
butir-butir lengkap berikut:
i) Nama unsur & no. jisim, model penangkap kilat
dan keaktifan punca
ii) Kaedah-kaedah pelupusan yang dibenarkan adalah :-
iii) Lupus/eksport ke pembekal asal,
iv) lupus di MINT, Bangi
v) cara lain yang dibenarkan oleh AELB.
b. Selepas mendapat kebenaran pelupusan dan pelupusan
telah dilakukan, kemukakan kepada AELB, salinan pengesahan penerimaan bahan radioaktif
daripada tempat pelupusan.
BORANG 49
Apakah dan dimanakah borang 49 boleh diperolehi?
Borang 49 (Form 49, Companies Act 1965, Return Giving Particulars In
Register Of Directors, Managers And Secretaries And Changes Of Particulars) dikeluarkan
oleh Pejabat Pendaftar Syarikat semasa sesebuah syarikat didaftar. Borang ini
menyenaraikan nama-nama pengarah, pengurus dan setiausaha syarikat.
GUNA KEMUDAHAN PENSTORAN SYARIKAT LAIN
Bolehkah saya menggunakan kemudahan
penstoran kepunyaan syarikat lain?
Ya, tuan boleh menggunakan kemudahan penstoran syarikat lain setelah
mendapat kebenaran AELB. Permohonan boleh dibuat dengan mengemukakan maklumat berikut:
i) Surat perjanjian /kebenaran daripada tuan
punya kemudahan penstoran.
ii) Salinan surat kebenaran mengguna yang dikeluarkan
kepada tuan punya kemudahan penstoran.
iii) Nyatakan tempoh penggunaan.
iv) Bilangan bahan radioaktif yang akan disimpan
v) Jumlah aktiviti bahan radioaktif yang akan
disimpan
KONGSI KEMUDAHAN PENSTORAN
Bolehkah satu kemudahan penstoran
dikongsi?
a. Kemudahan penstoran tetap tidak
dibenarkan dikongsi pakai pada suatu masa yang sama.
b. Kemudahan penstoran sementara tidak
dibenarkan dikongsi melainkan jika dapat membuktikan semua kehendak yang telah
ditetapkan oleh AELB dari segi keselamatan fizikal dan sistem keselamatan dipenuhi.
|