Dear AELB User!

This site will look much better in a browser that supports web standards, but it is accessible to any browser or Internet device.

         
Dasar Kualiti
Piagam Pelanggan  
Percapaian Piagam Pelanggan  
Tranksaksi Online  
Pasukan Bertindak Kecemasan  
Notis Pelanggan  
Daftar Online Peperiksaan PPS  
Jadual Peperiksaan PPS 2012  
Jadual Kursus PPS 2012  
Aduan Awam  
Maklum Balas  
Peta Laman  
Soalan Lazim  
Bantuan  
Web Mobile  

BLESS

BLESS merupakan portal yang menyediakan maklumat dan kemudahan untuk syarikat memohon lesen/permit bagi memulakan perniagaan di Malaysia.  
 
 Asian Nuclear Safety Network
Perkongsian pengetahuan teknikal sedia ada dan baru serta pengalaman praktikal untuk meningkatkan lagi keselamatan instalasi nuklear di Asia.
 


Y.M. Raja Dato' Abdul Aziz
Raja Adnan

KETUA PENGARAH AELB
Tel: 6-03-89225777
kp@aelb.gov.my

 

Adakah anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan?

 
SEMAK EMAIL  
   


  PROFIL  

| Penubuhan | Objektif | Misi | Visi | Fungsi | Dasar Kualiti | Objektif Kualiti |


Penubuhan

Pengawalan ke atas penggunaan benda-benda radioaktif telah dijalankan sejak tahun 1968 lagi apabila Parlimen meluluskan Akta Benda-Banda Radioaktif 1968. Memandangkan perkembangan aktiviti-aktiviti tenaga atom di Malaysia amatlah pesat dan memerlukan pengawalan yang lebih berkesan. maka pada April 1984 Parlimen telah meluluskan Akta Perlesenan Tenaga Atom (Akta 304). 

Selaras dengan kehendak Seksyen 3, Akta 304, Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) telah ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri pada 1 Februari 1985. AELB bertindak sebagai sebuah badan penguatkuasa ke atas Akta 304 dan perundangan-perundangan subsidiari yang di buat di bawah akta tersebut. Mulai 27 Oktober 1990 AELB telah diletakan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. AELB dianggotai oleh lima orang ahli yang dilantik oleh menteri. Ahli-ahli ini kesemuanya berkelayakan dalam bidang sains dan teknikal berkaitan tenaga atom.


Objektif

  • Untuk memastikan teknologi nuklear dan sinaran dilaksanakan untuk kesejahteraan masyarakat dan negara tanpa memberi kesan negatif kepada masyarakat awam, alam sekitar dan pekerja.

  • Untuk memperolehi, menyebar dan menjana pengetahuan untuk meningkat keselamatan nuklear dan sinaran, sekuriti serta kawalgunaan.

  • Untuk menghasilkan kemakmuran melalui penyediaan persekitaran yang kondusif dan diyakini masyarakat antarabangsa dengan satu kerangka perundangan negara yang berwibawa dan kompeten selaku pemudah bagi industri tempatan untuk memperolehi teknologi-teknologi sensitif termoden untuk negara.

Misi

Menggalakan budaya inovasi bagi memastikan penggunaan teknologi nuklear dan sinaran dengan aman dan selamat.


Visi

Sentiasa relevan sebagai sebuah badan perundangan yang berwibawa dalam keselamatan sinaran dan nuklear, sekuriti dan kawalgunaan untuk kegunaan secara aman bagi pembangunan mampan.


Fungsi

Fungsi-fungsi AELB seperti termaktub di dalam  Akta 304 adalah seperti berikut:

  • Memberi nasihat kepada Menteri dan Kerajaan Malaysia atas perkara-perkara berhubungan dengan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 dan perkembangan perkembangan mengenainya terutamanya mengenai implikasi-implikasi perkembangan itu bagi Malaysia;

  • Mengawal dan mengawasi aktiviti penggunaan tenaga atom dan perkara-perkara yang bersampingan dengannya;

  • Menubuhkan, menyenggara dan mengembangkan kerjasama saintifik dengan mana-mana badan, institusi atau organisasi lain berhubungan dengan perkara-perkara nuklear atau tenaga atom sebagaimana difikirkan sesuai oich Lembaga bagi maksud-maksud Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984;

  • Di mana diarahkan sedemikian oleh Kerajaan Malaysia, melaksanakan atau memperuntukkan bagi pelaksanaan obligasi-obligasi yang timbul daripada perjanjian, konvensyen atau triti berhubungan dengan perkara-perkara nuklear atau tenaga atom yang mana Malaysia menjadi satu pihak jika perjanjian, konvensyen atau triti itu ada hubungan dengan maksud-maksud Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984; dan

  • Melakukan perkara-perkara lain yang timbul atau berbangkit daripada fungsi-fungsi Lembaga ini di bawah Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 yang tidak berlawanan dengan maksudmaksud Akta itu, sama ada diarahkan atau tidak diarahkan oleh Menteri.

Dasar Kualiti

"Kami komited :

  1. Untuk memberikan perkhidmatan permohonan lesen dan penguatkuasaan Akta 304 yang berkualiti bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan; dan

  2. Mematuhi keperluan Sistem Kualiti melalui penambahbaikan berterusan tanpa mengabaikan peruntukkan Akta 304"

Objektif Kualiti

Bagi mencapai Dasar Kualiti, AELB akan :

  1. Memproses permohonan lesen tidak melebihi tempoh yang dinyatakan dalam Piagam Pelanggan.

  2. Melakukan pemeriksaan di premis pemegang lesen sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh sah lesen.

  3. Memberi maklum balas terhadap aduan pelanggan dalam masa tiga (3) hari bekerja.

  4. Merancang dan melaksana latihan sekurang-kurangnya tujuh hari setahun atau dua kali kursus setahun bagi setiap kakitangan.

Pihak pengurusan juga akan menentukan bahawa dasar dan objektif kualiti ini difahami oleh setiap kakitangan AELB.

TOP

 
   

Dear AELB User!

This site will look much better in a browser that supports web standards, but it is accessible to any browser or Internet device.



Tuan/Puan boleh memohon Sijil Tandatangan Digital  secara online.
Panduan Pendaftaran Sistem eLesen eSPP dan Senarai semak pengguna Sistem eLesen eSPP.

KLIK DI SINI
UNTUK PENGAKTIFAN AKAUN eLesen-eSPP DAN
PERMOHONAN SIJIL TANDATANGAN DIGITAL DARIPADA DIGICERT SDN. BHD.

Notis Pemberitahuan Pelaksanaan Perkhidmatan Atas Talian elesen-eSPP (Sistem Perlesenan dan Penguatkuasaan)
Kepada Pelanggan-Pelanggan kami yang dihormati,

Seperti Tuan/Puan sedia maklum bahawa AELB telah menggunakan sepenuhnya eLesen-eSPP sperti berikut:-

1. 01 Oktober 2011 - Lesen Baru (New Licence)
2. 02 Januari 2012 - Membaharui Lesen dan Meminda Lesen (Renewal and Amendment of Licence)
3. 02 Januari 2012 - Kebenaran-Kebenaran (Approvals), Pengiktirafan dan Lain-lain KECUALI Import/Eksport perlu menggunakan e-Permit melalui DagangNet.

Oleh itu, adalah di maklumkan mulai 2 Januari 2012, AELB hanya menerima semua permohonan lesen dan berkaitanya melalui atas talian SAHAJA. Maklumat lanjut sila hubungi Kaunter Perlesenan AELB.
 

Projek Lynas
Makluman : Pendedahan Awam Dokumen LYNAS -(Malay version only)-
Pihak Jabatan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) telah menerima dokumen-dokumen bagi permohonan lesen peringkat pengendalian sementara daripada Syarikat Lynas (M) Sdn. Bhd. Dokumen-dokumen berkenaan sedang dalam penilaian Jabatan LPTA dan sedang disemak untuk memastikan segala maklumat adalah memenuhi keperluan peruntukan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) dan peraturan-peraturan subsidiari yang dibuat di bawahnya.

Pihak Jabatan LPTA adalah tertakluk di bawah Seksyen 41, Akta 304 untuk tidak mendedahkan apa-apa maklumat yang didapatinya. Mesyuarat Lembaga yang akan diadakan pada bulan November 2011 nanti akan mempertimbang untuk menggalakkan pihak Lynas mempamer dokumen-dokumen yang lengkap serta terpakai kepada orang awam jika sekiranya permohonan mendapatkan lesen pra-operasi yang dipertimbang itu diluluskan oleh Lembaga Perlesenan Tenaga Atom. Kaedah rundingan awam ini adalah sama seperti amalan negara lain.

Data Pemonitoran di Gebeng dan Kuantan Ogos - Disember 2011 (Kemaskini 09/01/2012)  (Malay version only)
Data Pemonitoran di Gebeng dan Kuantan Ogos - November (Kemaskini 13/12/2011)  (Malay version only)
Laporan dan Kenyataan Video IAEA
  Terkini
  Perkhidmatan Atas Talian (Online Services)

elesen eSPP

Di atas  talian, elesen eSPP membolehkan anda:-
  • Memohon lesen, kebenaran dan lain-lain.
  • Menyemak dan memantau status permohonan
  • Mendapatkan dan mencetakan keputusan permohonan
  • Menyemak bil dan menjelaskan pembayaran melalui Perbankan Internet
  • Menerima pemberitahuan melalui email
  • Mengemaskini maklumat syarikat

Peperiksaan

Satu lagi kemudahan alternatif yang disediakan oleh AELB kepada pelanggan yang berurusan dengan Peperiksaan Persijilan PPS di atas talian.
Apakah Kelebihan e-urus PPPS?
Mengemukakan permohonan tanpa memerlukan borang JKPPPS/1Sem. 3.
Menyemak keputusan permohonan Peperiksaan Persijilan PPS.
Menyemak keputusan peperiksaan PPS.

ePermit

Syarikat-syarikat yang berhasrat untukImport/Eksport Bahan/Mineral Radioaktif & Radas Penyinaran dengan kejasama KASTAM di bawah Akta 304.

ePermitSTA

Di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010 (Akta 708) pula, Jabatan AELB dipertanggungjawabkan sebagai Pihak Berkuasa Berkenaan bagi mengawal dan mengawalselia aktiviti eksport, pemindahan, transit dan pembrokeran barangan strategik, termasuk senjata dan bahan berkaitan, dan aktiviti lain yang boleh memudahkan rekabentuk, pemajuan dan penghasilan senjata pemusnah besar besaran dan sistem penghantarannya yang dibangunkan... maklumat lanjut

PerbankanInternet

Menjelaskan pembayaran melalui Perbankan Internet

BantuanPelanggan

Kelebihan menggunakan Perkhidmatan Bantuan Pelanggan (eBP) ini, anda dapat menjejaki semua aduan atau pertanyaan anda kepada kami. Untuk mendapatkan perkhidmatan ini sepenuhnya, sila Login eBP di bawah. Pilihan lain, anda juga boleh mengajukan sebarang pertanyaan berkaitan perkhimatan kami dengan menghantar email kepada MNR-Customer@elb.gov.my.
 
Japan Earthquake, Tsunami and Nuclear Updates
Sumber maklumat untuk Radiation Exposure in Daily Life: MOFA, Jepun

- Data Terkini ERMS
- Perkhidmatan Percuma Pengesanan Pencemaran Radioaktif Bagi Penumpang Dari Jepun
- Maklumat lanjut - Sijil Keradioaktifan (Radioactivity Certificate)
 
Nuclear Regulatory Statement
Foremost on Malaysia’s nuclear-related agenda is the protection of society in the aspects of health, safety and
security as well as the environment. To this end, effective implementation of policies and guidelines as well as
enforcement of atomic energy activities is absolutely essential. Atomic Energy Licensing Board (AELB) as the
national regulator of the country’s atomic energy activities including nuclear-related activity has played .....

TOP