Dear AELB User!

This site will look much better in a browser that supports web standards, but it is accessible to any browser or Internet device.

         
Dasar Kualiti
Piagam Pelanggan  
Pencapaian Piagam Pelanggan  
Tranksaksi Online  
Pasukan Kecemasan Nuklear (PKN)  
Notis Pelanggan  
Daftar Online Peperiksaan PPS  
Jadual Peperiksaan PPS 2014  
Jadual Kursus PPS 2014  
Aduan Awam  
Maklum Balas  
Peta Laman  
Soalan Lazim  
Bantuan  
Web Mobile  

Perkongsian pengetahuan teknikal sedia ada dan baru serta pengalaman praktikal untuk meningkatkan lagi keselamatan instalasi nuklear di Asia.
 


Hamrah bin Mohd Ali
KETUA PENGARAH AELB
Tel: 6-03-89225777
kp@aelb.gov.my

 

Adakah anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan?
 Email kepada:-
 mnr-customer@aelb.gov.my

 
SEMAK EMAIL  
   


 
Kenyataan Akhbar Lynas


KENYATAAN AKHBAR
SETIAUSAHA EKSEKUTIF
LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM (LEMBAGA)
KEMENTERIAN SAINS, TEKNOLOGI DAN INOVASI (MOSTI)
MENGENAI KEPUTUSAN LEMBAGA KE ATAS PERMOHONAN LESEN KENDALIAN SEMENTARA (TOL) LYNAS

----------------------------------------------------------------------------------------------------

1 Februari 2012

KEPUTUSAN LEMBAGA KE ATAS PERMOHONAN LESEN KENDALIAN SEMENTARA (TOL) LYNAS

Mesyuarat Ahli Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (Lembaga) telah diadakan pada Isnin, 30 Januari 2012 bagi meneliti dokumen-dokumen yang telah dikemukakan kepada pihak Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) dan seterusnya membuat keputusan sama ada permohonan Lesen Kendalian Sementara (TOL) bagi Syarikat Lynas diluluskan atau tidak.

          Penilaian ini mengambil kira ulasan dan pandangan orang awam semasa dokumen Syarikat Lynas ini didedahkan kepada orang awam dari 3 hingga 26 Januari 2012. Dokumen tersebut telah ditempatkan di Dewan LPTA, Dengkil, Pejabat Setiausaha Pahang, Cawangan LPTA di Kuantan dan Pejabat LPTA di Lynas. Sehingga 26 Januari 2012, seramai 334 orang awam telah hadir memberikan ulasan dan sebanyak 1,123 ulasan telah diterima.

          Berdasarkan keputusan Mesyuarat Lembaga tersebut, permohonan Lesen Kendalian Sementara (TOL) Syarikat Lynas ini diluluskan dengan beberapa syarat di mana jika syarat-syarat tersebut tidak dipatuhi, lesen TOL boleh digantung atau dibatalkan dan permohonan lesen seterusnya tidak akan dipertimbangkan. Selain itu, pengurusan residu yang terhasil, semasa Syarikat Lynas di bawah lesen TOL ini, adalah di bawah tanggungjawab syarikat termasuk, jika perlu, pemulangan residu kepada sumber asal. Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut:

(i)           pihak Lynas perlu kemukakan semua aspek berkenaan Permanent Disposal Facility (PDF);

(ii)          pelan dan lokasi PDF perlu dikemukakan tanpa mengambil kira apakah hasil daripada penyelidikan dan pembangunan (R&D) pengkomersilan, pengkitaran dan penggunaan semula bahan residu;

(iii)        pelan dan lokasi PDF perlu dikemuka dan diluluskan dalam tempoh masa lesen dan tidak melebihi 10 bulan daripada tarikh pengeluaran lesen TOL;

(iv)        pihak Lynas perlu mematuhi syarat jaminan kewangan yang ditetapkan di bawah undang-undang yang berkaitan dan mengikut cadangan yang dikemukakan oleh pihak Syarikat Lynas (M) Sdn Bhd, sebanyak USD50 juta dibayar kepada Kerajaan Malaysia secara ansuran. Ini tertakluk kepada kajian semula oleh pihak Lembaga jika ditetapkan kemudian; dan

(v)     Lembaga berhak melantik perunding bebas untuk menilai kepatuhan Syarikat Lynas terhadap standard dan peraturan yang ditetapkan dan kosnya ditanggung oleh pemegang lesen.

 
 
 
 
TOP

 
   

Dear AELB User!

This site will look much better in a browser that supports web standards, but it is accessible to any browser or Internet device.

NOTIS KAEDAH PEMBAYARAN KEPADA AELB
1. MELALUI PERBANKAN INTERNET MAYBANK2U DAN CIMB CLICKS
2. CEK SYARIKAT YANG DIHANTAR TERUS KEPADA AELB;
NAMA PENERIMA: KETUA PENGARAH, LEMBAGA PERLESENAN TENAGA ATOM ATAU KETUA PENGARAH AELB

 AELB TIDAK AKAN MENERIMA PEMBAYARAN SECARA WANG TUNAI ATAU CEK  DI MASUK TERUS MELALUI BANK ATAU MESIN ATM


Untuk maklumat lanjut AKTIFKAN AKAUN elesen-eSPP dan
memohon Sijil Tandatangan Digital daripada Digicert Sdn. Bhd
sila klik DI SINI




Muaturun Borang (Depan | Belakang)

klik untuk maklumat lanjut
MAKLUMAT BERKAITAN LYNAS (LYNAS INFORMATION PACK) -Kemaskini 14/01/2013
Makluman : Pendedahan Awam Dokumen LYNAS -(Malay version only)-
Pihak Jabatan Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) telah menerima dokumen-dokumen bagi permohonan lesen peringkat pengendalian sementara daripada Syarikat Lynas (M) Sdn. Bhd. Dokumen-dokumen berkenaan adalah untuk penilaian Jabatan LPTA dalam memastikan segala maklumat adalah memenuhi keperluan peruntukan Akta Perlesenan Tenaga Atom 1984 (Akta 304) dan peraturan-peraturan subsidiari yang dibuat di bawahnya. Pihak Jabatan LPTA adalah tertakluk di bawah Seksyen 41, Akta 304 untuk tidak mendedahkan apa-apa maklumat yang diterima.

  Perkhidmatan Atas Talian (Online Services)

elesen eSPP

Di atas  talian, elesen eSPP membolehkan anda:-
  • Memohon lesen, kebenaran dan lain-lain.
  • Menyemak dan memantau status permohonan
  • Mendapatkan dan mencetakan keputusan permohonan
  • Menyemak bil dan menjelaskan pembayaran melalui Perbankan Internet
  • Menerima pemberitahuan melalui email
  • Mengemaskini maklumat syarikat

Peperiksaan

Satu lagi kemudahan alternatif yang disediakan oleh AELB kepada pelanggan yang berurusan dengan Peperiksaan Persijilan PPS di atas talian.
Apakah Kelebihan e-urus PPPS?
Mengemukakan permohonan tanpa memerlukan borang JKPPPS/1Sem. 3.
Menyemak keputusan permohonan Peperiksaan Persijilan PPS.
Menyemak keputusan peperiksaan PPS.

ePermit

Syarikat-syarikat yang berhasrat untukImport/Eksport Bahan/Mineral Radioaktif & Radas Penyinaran dengan kejasama KASTAM di bawah Akta 304.

ePermitSTA

Di bawah Akta Perdagangan Strategik 2010 (Akta 708) pula, Jabatan AELB dipertanggungjawabkan sebagai Pihak Berkuasa Berkenaan bagi mengawal dan mengawalselia aktiviti eksport, pemindahan, transit dan pembrokeran barangan strategik, termasuk senjata dan bahan berkaitan, dan aktiviti lain yang boleh memudahkan rekabentuk, pemajuan dan penghasilan senjata pemusnah besar besaran dan sistem penghantarannya yang dibangunkan... maklumat lanjut

PerbankanInternet

Menjelaskan pembayaran melalui Perbankan Internet

BantuanPelanggan

Kelebihan menggunakan Perkhidmatan Bantuan Pelanggan (eBP) ini, anda dapat menjejaki semua aduan atau pertanyaan anda kepada kami. Untuk mendapatkan perkhidmatan ini sepenuhnya, sila Login eBP di bawah. Pilihan lain, anda juga boleh mengajukan sebarang pertanyaan berkaitan perkhimatan kami dengan menghantar email kepada MNR-Customer@elb.gov.my.
 
Nuclear Regulatory Statement
Foremost on Malaysia’s nuclear-related agenda is the protection of society in the aspects of health, safety and
security as well as the environment. To this end, effective implementation of policies and guidelines as well as
enforcement of atomic energy activities is absolutely essential. Atomic Energy Licensing Board (AELB) as the
national regulator of the country’s atomic energy activities including nuclear-related activity has played .....

TOP